Selamat Tahun Baru 2021 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 1 January 2021

Selamat Tahun Baru 2021

 TAHUN BARU 2021

Selamat Tahun Baru 2021

Selamat tinggal tahun 2020 yang penuh dengan suka duka. Ada kegembiraan dan ada kedukaan. Semuanya sudah berlalu. Semuanya aturan Allah SWT untuk kita sebagai hambanya.

Awal 2020 Cie bangkit semula setelah beberapa tahun mula mencari rentak dalam bisnes Shaklee. Jatuh dan bangun dalam bisnes tu perkara biasa. Alhamdulillah tahun 2020 Cie berjaya melahirkan 3 orang leader untuk team Cie. Mereka berjaya capai income 4 angka sebulan.

Beratus juga ahli berdaftar under team Cie merasa income 2 hingga 3 angka. Ada ahli makan sendiri, ada ahli yang buat bisnes. Alhamdulillah semakin ramai yang Cie dapat bantu. Semoga tahun 2021 ni Cie dapat bantu lebih ramai penerima bonus 4 angka sebulan.

Dalam kegembiraan tahun 2020, ada juga berita kedukaan. Yang mana pada bulan Julai Cie kehilangan abah mertua. Tak lama selepas tu bulan November Cie kehilangan ayah tersayang pulak. Allahu berat sangat dugaan tahun 2020 untuk keluarga kami.

Setiap segala ujian yang Allah berikan semuanya bersebab dan semuanya yang mampu kami hadapi. Sesungguhnya Cie redha dengan segala ujian Allah ini. Semoga abah dan ayah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Tahun ini juga kita diuji dengan kehadiran virus yang banyak meragut nyawa orang. Kita tak pernah pun terfikir kena pakai mask kalau ke mana-mana. Tak boleh berkumpul ramai-ramai. Kena ada penjarakkan sosial dan banyak lagi la perkara yang kita tak pernah terfikir pun kita akan buat.

Masa yang lalu penuh dengan liku-liku. Masa depan penuh dengan impian. Harapan tahun baru merupakan langkah untuk menyambut masa depan yang penuh dengan KEJAYAAN dan KECEMERLANGAN.

Jangan sesali masa dahulu. Jangan risaukan masa hadapan. Kerana kita masih berpeluang untuk memulakan sesuatu yang terbaik dalam hidup kita.

Alhamdulillah untuk semua kejayaan yang dikecapi tahun 2020. Alhamdulillah untuk semua ujian yang aku hadapi. Sesungguhnya aku redha untuk semua ujian tahun 2020.

GoodBye 2020

I Am Ready 2021!!!!

Semoga tahun 2021 membawa lebih banyak kejayaan dalam bisnes Cie. Cie nak lahirkan lebih ramai penerima income 4 angka sebulan. Semoga Cie berjaya capai bonus 5 angka sebulan. Semoga Cie dapat beli rumah semi-d menggunakan payslip Shaklee.

No comments:

Post a Comment