Monday, 31 January 2022

Me'gu Cafe Kuala Lipis

ME'GU CAFE

Me'gu Cafe Kuala Lipis

Weekend memang malas betul nak masak. Weekdays dah masak hari-hari so kasi can la nak rest kan. Kita try makan kat cafe baru.

Actually takdela baru sangat. Cuma belum berkesempatan nak try makan kat situ. Kebetulan pusing-pusing taktau nak makan mana tu yang try jela.

1st time masuk terpegun tengok decoration dalam kedai ni menarik mata memandang. Nak lepak makan santai agak selesa la jugak.

Masa kami datang tak ramai pun orang. Cuma ada 1 meja je yang dah siap makan. So takdela crowded sangat dalam kedai kan. Boleh la makan dengan tenang.

Me'gu Cafe Kuala Lipis
pintu masuk



Me'gu Cafe Kuala Lipis
menarik deco dalam kedai ni


Me'gu Cafe Kuala Lipis
anak dara ni pandai posing


Me'gu Cafe Kuala Lipis
adik biasa la memang senyum la nampak ibu nak snap picture


Me'gu Cafe Kuala Lipis
sedapnya kakak menyedut ice blended mocha


Me'gu Cafe Kuala Lipis
adik order air sparkling apple kalau tak silap


Me'gu Cafe Kuala Lipis
ice blended mocha dan sparkling grape


Me'gu Cafe Kuala Lipis
nasi ayam jepun (teriyaki chicken) sedap ni husband punya order


Me'gu Cafe Kuala Lipis
mee kari kakak pun sedap pekat je. bahan meriah je


Me'gu Cafe Kuala Lipis
sushi ni anak-anak nak pun sedap


Me'gu Cafe Kuala Lipis
ice cream waffle ni adik punya


Me'gu Cafe Kuala Lipis
air tak habis boleh bawak balik


Ibu takde order makan. Makan share je. Anak-anak tak habis pun makan. Semua menu kami order tu sedap. Banyak lagi menu lain. Lain kali nanti boleh order makanan lain pulak.

Antaranya ada lempeng kelapa, ubi kayu rebus, nasi goreng, mee goreng dan banyak lagi la.

Lokasi kedai ni di Bandar Baru Kuala Lipis, bersebelahan dengan My Optic dan 7E.
 

0 blogger-facebook:

Post a Comment