Zura Tomyam Kuala lipis

 KEDAI MASAKAN THAI KUALA LIPIS

Zura Tomyam Kuala lipis

Minggu lepas bonus Shaklee masuk 14hb so plan la nak belanja family makan luar. Taktau nak makan apa. Teringin nak makan kerabu perut. Terus ajak husband dan anak-anak makan kat kedai Zura Tomyam. Kat situ je ada macam-macam jenis kerabu.

Sejak dah boleh dine in ni memang terlalu ramai orang kat kedai. Full house jugak kami pergi lepas Isyak memang ramai orang. Nasib baik ada meja kosong tapi tu la memang lama tunggu makanan sampai. Anak-anak dah bising lapar.

Selalunya tak dine in pun. Bungkus je makan kat rumah. Sebab dah lama tak dine sekali sekala boleh la. Menu biasa je kami order sampi terlupa order sayur. Hihihi. Air pulak lupa nak snap gambar. Air Tembikai, Teh O Ais Laici, Air Suam.

Zura Tomyam Kuala lipis
Hidangan pertama yang sampai. Colek buah. Habis la sepinggan nak tunggu mkanan lain sampai


Zura Tomyam Kuala lipis
Ni pun boleh la buat kunyah-kunyah sementara tunggu makanan lain


Zura Tomyam Kuala lipis
Pandai ambik hati makanan lambat sampai tengok nasi love sejuk hati. Hihi


Zura Tomyam Kuala lipis
Sotong celop tepung untuk anak-anak


Zura Tomyam Kuala lipis
Tomyam campur sedap secukup rasa


Zura Tomyam Kuala lipis
Telur dadar 


Zura Tomyam Kuala lipis
Ni la yang teringin sangat nak makan. Sedap secukup rasa

Lauk je semuanya sayur tak ingat nak order. Tapi ada la jugak bahan sampingan sayur dalam lauk tu. Kira ok la. Lepas makanan sampai cepat je licin masing-masing dah kelaparan.

Alhamdulillah setiap bulan memang spend duit bonus untuk belanja makan atau belanja bercuti. Kadang-kadang beli hadiah. Anak-anak dan suami banyak bantu uruskan bisnes Shaklee jadinya kena balas jasa mereka.

Post a Comment

4 Comments

  1. order tomyam wajib ada telur dadar. Kawan baik tu. Untung jugak ada makanan sampingan boleh dimakan sementara menunggu makanan utama sampai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah memang pun kalau masak kat rumah pun wajib tomyam & telur dadar tu

      Delete
  2. oh my god! tomyam and telur dadar. a perfect combo

    ReplyDelete