Kenaikan Pangkat Time Based

 KENAIKAN PANGKAT TIME BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN KALI PERTAMA

Kenaikan Pangkat Time Based

Alhamdulillah syukur setelah 13 tahun berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Penyediaan Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 1 Disember 2021 cuma keputusan keluar lambat sikit. Dari gred 29 ke gred 32 TBK.

Kenaikan pangkat time-based ni untuk yang berkhidmat dah 13 tahun akan automatik dapat jika melepasi syarat yang ditetapkan dan mendapat kelulusan lembaga kenaikan pangkat.

Kalau ikutkan perjawatan Cie ni, 7 tahun kalau tak silap dah boleh untuk memohon kenaikan pangkat secara hakiki. Kenaikan pangkat hakiki ni mostly kena berpindah ke tempat lain yang ada kekosongan perjawatan tersebut.

Macam Cie tak rela nak berpindah ke tempat lain. Kat Lipis ni dah ada rumah sendiri, duduk dekat kampung, dekat dengan family. Jadi agak sukar la kalau nak pindah tempah lain. Komitmen terhadap keluarga tu kena utamakan. 

13 tahun berkhidmat pun dapat jugak naik pangkat secara TBK kan so sama je takde apa yang special pun. Bagi sesetengah orang penting, tapi bagi Cie mana-mana pun boleh je asalkan dekat dengan family. Kita tetap boleh berkhidmat dan menjalankan tugas kita dengan sebaiknya.

Tak sedar pun 13 tahun ni rasa sekejap sangat. Terimbau la memori masa mula-mula melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Masa tu sorang je redah drive ke Kuantan. Dapat je surat tertera nama Hospital Jengka.

Ahhhh sudah kat mana pulak Hospital Jengka tu. Nama je orang Pahang kan tapi hampeh taktau. Hahahah. Masa tu tahun 2008 mana la ada whatsapp, waze bagai ni. Google map pun taktau guna. Tanya orang je macam mana nak ke Jengka. Pernah la ke Jengka tu cuma taktau mana hospital.

Petang tu jugak dari Kuantan terus ke Jengka berbekalkan perasaan yang berkecamuk bercampur baur. Yela nak mulakan hidup baru di tempat baru yang kita tak kenal orang, taktau suasana macam mana.

Mujur la masa tu abang Cie kerja di temerloh so berulang alik la dari rumah abang di Temerloh ke Jengka. Lama-lama baru dapat rumah sewa. Menyewa la di Jengka sejak 2009 hingga la 2012. Masa tu Jengka tak maju sangat pun. Bila bosan je kalau tak balik Lipis Cie akan balik Temerloh rumah abang main dengan anak buah.

Banyak kenangan di Hospital Jengka. Suka duka pahit manis kelat masam semua ada la. Hahahah. Ada masa rindu jugak kenangan kat sana. Sepanjang bekerja di sana banyak kali mintak tukar. Tapi belum ada rezeki.

Dah bernikah dan mengandung baru ada rezeki bertukar ke Kuala Lipis my hometown. Lega tak terkata dapat tukar tu. Mula berkhidmat di Hospital Kuala Lipis pada Februari 2012 hingga la sekarang. Pejam celik dah 9 tahun kat Lipis. Anak pun dah 2orang.

Alhamdulillah syukur untuk segala nikmat ni. Sekarang masih menghitung waktu nak pencen umur 58 tahun lambat lagi weyyyy. InsyaAllah kalau ada rezeki nak jugak pencen umur 40 tahun. 

Harapanku semoga dipermudahkan segala urusan ku menabur bakti berkhidmat sebagai pejawat awam dan semoga dapat meneruskan kecemerlangan.

Post a Comment

6 Comments

  1. Tahniah Roziah diatas kurniaan kenaikan pangkat, terharu baca surat ni tau. Syabas Roziah! Terima kasih keep in touch komen di blog. Take care always ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak kak juju. kak juju pun sama take care ye.

      Delete
  2. Alhamdulillah. Tahniahhhh.. Bestyaa naik pangkat.. hehe.. Moga terus tabah dan

    ReplyDelete