House Of Kambing Serdang

 HOUSE OF KAMBING MAEPS SERDANG

House of kambing

Cuti sekolah yang lepas Cie dan family bercuti ke Putrajaya. Lama sangat dah rasanya tak bercuti ke sana sejak PKP hari tu tak boleh rentas negeri memang bercuti ke Kuantan jela. Kali ni ada kelapangan boleh la bercuti ke Putrajaya.

Biasa la Cie sebelum bercuti macam-macam research la ku buat. Kebetulan si adik Rania request nak ke zoo. Bila tengok tiket zoo negara tu macam mahalnya bagi Cie macam membazir je. Baik ku spend duit untuk makan. Hahahah.

Maka google la jadi rujukan ke mana nak pergi. Jumpa la petting zoo yang tiket nya agak berbaloi la jugak. Masalahnya 2 beradik tu penakut nak petting animals. Tanya siap-siap sebelum book ticket. 2 2 taknak katanya tak berani nanti animals makan dorg la. Sebenarnya ibu pun takut. hahahah.

Masa google zoo tu terjumpa la House of Kambing ni. Ingatkan macam zoo kambing ke apa rupanya tempat makan. Bila google tu macam-macam info la jumpa. Tanya kawan katanya makan kat situ ok juga.

Terus la ajak husband ke situ. Guna google maps je. Mula-mula tu macam takut salah jugak tawakal jela follow maps tu. Akhirnya sampai jugak. Alhamdulillah.

Jauh ke dalam jugak rupanya dalam Maeps Serdang tu je. Dekat jugak dengan petting zoo yang Cie plan nak pergi tu.

Kami sampai situ ngam-ngam waktu lunch. Nasib baik tak ramai sangat orang. Ada meja kosong. Tak perlu beratur. Sampai je terus pelayan hantar ke meja.

House of kambing



Pelayan bagi menu dan tak lama lepas tu panggil dia untuk ambik order. Kami order Nasi Goreng Kambing, Kambing Crispy dan Nasi Kukus Ayam Bakar.

Sementara nak tunggu makanan sampai, kami ke tepi kedai ni ada tandas dan surau disediakan untuk pelanggan. Di sebelah surau tu ada kandang unta. Ok la tu macam zoo jugak. Hahaha

House of kambing


House of kambing


House of kambing


House of kambing
Nasi Goreng Kambing


House of kambing
Kambing Crispy


House of kambing
Nasi Kukus Ayam Bakar

Nasi Goreng Kambing berharga RM13.90. Nasi goreng disertakan dengan sup kambing, kambing tu macam ada rasa kari sikit. Sedap memang kena la rasanya tu. Untuk husband Nasi Goreng Kambing.

Kambing Crispy untuk Cie berharga RM21.90 disertakan kambing goreng crispy, kentang goreng dan sos cili. Serius la memang unik. Rasanya memang sedap. Daging tu sangat lembut. 

Nasi Kukus Ayam Bakar pulak untuk anak-anak berharga RM10.90 ada nasi kukus, ayam bakar, gulai kari, timun, kobis dan sambal. Ayam bakar tu memang banyak siap boleh ratah lagi. Bahagian isi jenuh jugak la nak habiskan sebab anak-anak tak suka isi. Yang ni pun sedap.

Air pulak kami order Laici, Apple Asam Boi dan Teh O Ais Lemon. Air takde straw ye memang mereka bagi strawless cup je. 

Habis licin kami makan 4 beranak. Mula-mula takut jugak daging tu liat. Rupanya tak liat pun. Lembut dan takde bau hamis kambing. 

Bayaran boleh dibuat kat kaunter. Bagitau nombor meja dan cashier akan sebutkan jumlah yang perlu dibayar. Cashier akan tanya jugak dah pernah datang ke belum. Dia akan tanya dari mana tau tentang House of Kambing. Berapa rate nak bagi dari 10. 

Cashier juga ada minta no handphone untuk dia daftarkan dan masukkan point. So setiap yang kita belanjakan akan menyumbang point. Maybe akan dapat diskaun la untuk next visit. Memang akan repeat makan situ next time.

Puas hati dari segi rasa, tempat makan yang selesa, service tip top la kesimpulannya. Kalau korang nak ke situ just search je House Of Kambing nanti waze atau maps akan tunjukkan jalan.

Post a Comment

0 Comments