Intan Seafood Cherating Restaurant - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 24 September 2023

Intan Seafood Cherating Restaurant

 Restoran Seafood Sedap Di Cherating

Intan Seafood Cherating

Bercuti di Royale Chulan Cherating Chalet baru-baru ini kami sekeluarga makan malam di Intan Seafood Cherating Restaurant yang terletak berhampiran dengan chalet kami.

Banyak kali dah Cie makan di sini. Memang sangat sedap dan kena dengan selera kami sekeluarga. Restoran ni di tepi pantai tapi malam tak nampak la pantai cuma dengar la bunyi deruan ombak.

Intan Seafood Cherating
Kawasan parking kereta kat bawah pokok je ada kawasan lapang

Restoran ni agak klasik sikit. Macam rumah lama yang dijadikan restoran. Rumah papan zaman dulu kala. Siap ada tangga. Lantai pun memang tangga kayu. Meja makan mereka pula dialas dengan kain. Selepas kita siap makan mereka akan tukar kain untuk pelanggan seterusnya.

Sebelum makanan sampai kita selfie la dulu. Hihi. Si kakak je taknak bagi kerjasama dengan ibu. Babah dan adik je melayan. Hahaha. Ibu jenis suka snap gambar. Anak dah semakin remaja ni lain sikit.

Intan Seafood Cherating


Intan Seafood Cherating


Intan Seafood Cherating


Kami datang selepas Maghrib tak ramai sangat orang. Makanan pun cepat je sampai. 

Menu di Intan Seafood Cherating Restaurant

Intan Seafood Cherating Restaurant


Intan Seafood Cherating


Intan Seafood Cherating


Intan Seafood Cherating


Menu yang disediakan kat sini masakan melayu dan cina. Memang sedap semuanya. Rasa nak order semua tau. Cie selalunya kalau makan sini memang makan nasi sikit je. Ratah lauk je sebab banyak untuk 1 porsi tu. 

Intan Seafood Cherating
Teh O Ais, Lemon Asam Boi, Jus Tembikai


Intan Seafood Cherating
Butter Prawn ni dalam 300gm


Intan Seafood Cherating
Telur Dadar 1 portion pun banyak


Intan Seafood Cherating
Lala Sweet Sour


Intan Seafood Cherating
Baby Kailan Ikan Masin


Intan Seafood Cherating
Sotong Celop Tepung


Intan Seafood Cherating
Menu yang kami order. Taip ni pun teringat kesedapan masakan restoran tu

Masakan di Intan Seafood Cherating Restaurant ni memang cukup rasa semuanya. Berbaloi la bayar untuk porsi yang banyak dan rasa yang sedap. 

Intan Seafood Cherating
Terima kasih husband belanja


Intan Seafood Cherating
Ni bil kami makan takdela mahal kira ok la untuk makanan yang sedap dan banyak

Kalau ke Cherating try la makan kat sini. Memang puas hati. Berbaloi apa yang kita bayar bila dapat makanan yang sedap.




4 comments:

  1. Sedapnya butter prawn dan sotong celup tepung tu.

    ReplyDelete
  2. Terus akak rasa nak makan seafood plak..dapnya butter prawn tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ajak husb akak honeymoon Cherating. Hihi

      Delete