Yoyoy Kamphora Spa Cherating - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 30 September 2023

Yoyoy Kamphora Spa Cherating

 Spa di Royale Chulan Cherating

Yoyoy Kamphora Spa Cherating


Kat Royale Chulan Cherating ni ada juga spa. Katanya spa ni kat Villa tapi sebab tengah renovate sekarang mereka pindah sementara kat chalet. So mereka gunakan chalet tu jela dijadikan bilik untuk treatment.

Yoyoy Kamphora Spa Cherating


Yoyoy Kamphora Spa Cherating
Banyak pakej yang disediakan



Tak pernah-pernah stay hotel ambil pakej spa. Tertarik tengok pakej yang disediakan.

Memandangkan memang stress jugak dengan kerja selalu pening kepala banyak kerja. Tengok ada anti stress theraphy maka Cie terus on je sebelum check out dari Royale Chulan Cherating Chalet

Masuk je dalam bilik tu kena pilih pakej dan kena sign form untuk buat treatment. Nanti therapist akan terangkan.

Yoyoy Kamphora Spa Cherating
Kena sign dulu form sebelum treatment


Yoyoy Kamphora Spa Cherating


Yoyoy Kamphora Spa Cherating



Pakej yang Cie ambil ni Pakej Blossom 3 yang ada:
  • Blossom Facial Treatment
  • Anti-Aging Treatment
  • Anti-Stress Theraphy
  • Aroma Eye Pillow
  • Honey / Chamomile Tea
Selepas dah pilih pakej, sign form, therapist akan bawa ke bilik treatment di tingkat atas. Masuk je bilik tu kita dah dengar relaxing music memang tenang jiwa.

Kita akan diberi baju treatment untuk dipakai. Buka tudung je baju tak perlu sebab nak facial je.

Yoyoy Kamphora Spa Cherating
Baju yang disediakan untuk dipakai masa treatment

Selesai treatment kita akan dibawa turun semula dan perlu isi feedback form dan diberikan minum chamomile tea.

Yoyoy Kamphora Spa Cherating
Isi feedback form


Yoyoy Kamphora Spa Cherating
Chamomile tea



Yoyoy Kamphora Spa Cherating


Harganya rm100 belum termasuk SST. Cie tambah facial sponge rm25. Sponge tu boleh bawak balik. So total RM132.50 buat bayaran di reception masa check out. Mereka akan masukkan dalam bil bilik.

Tak tambah pun takpe cuma mereka akan guna sponge yang orang lain pun dah guna walaupun dah sanitize macam tak syok kan.

Overall memang sangat best. Therapist namanya Embun. Unik namanya. Best service nya. Lemah lembut je. 

InsyaAllah ada masa boleh repeat lagi. Kat Holiday Villa katanya spa yang sama juga. Boleh je buat appointment walaupun tak stay situ. Kiranya customer luar dari hotel pun mereka terima.

Sejam rasa tak puas. Urutan kepala, urutan bahu. Best sangat. Therapist buat juga urutan kaki dan tangan masa nak tunggu mask kering. Lenguh juga baring sejam tak gerak terlentang je.

Cie siap kruhh sekejap terlena masa tunggu mask kering. Lamanya tak buat facial. Best betul. Dah la mereka on relaxing music. Sunyi je. Suasana tenang jela dalam treatment room tu.

InsyaAllah ada masa nanti nak repeat lagi. Kat Melawati KL pun ada Yoyoy Kamphora Spa ni.

No comments:

Post a Comment