Snow Time Raub - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 10 November 2023

Snow Time Raub

Masa pergi jalan-jalan tengok animals kat D Bilut Agrofarm and Retreat kami plan nak lunch kat luar je. Kat D Bilut tu pun ada cafe. Next time la pulak try makanan kat situ. Cafe yang kami nak try ni pun dah lama sangat nak try tapi tiap kali lalu je mesti tutup.

Snow time raub

Mula kami sampai tu sebelum 1pm. Tutup jugak. Ishhh biar betul kan. Cie pun google nak tengok ada tak google business tulis service hour kan. Maka terjumpa la start buka 1pm. Patut la pun. So kami decide pi solat dulu la baru try datang semula.

Kami datang semula 1 lebih. Kedai dah buka. Takde orang pun. Nampak macam baru buka. Mereka pun baru lepas lap meja agaknya masih ada kesan lap. Lantai pun mereka tengah mop lagi. Kami masuk jela sebab dah buka kan.

Snow time raub

Menu yang tertulis agak banyak. Saja nak try bingsu kat sini. Sebelum ni tengok review orang lain macam best je tapi bila sendiri yang datang krik krik pulak. Hihihi.

Mula-mula ada order spageti. Tak ingat spageti apa. Dah order ni kiranya nak menunggu jela. Walaupun takde orang service slow la juga. Tiba-tiba waitress tu datang semula kat kami bagitau spageti takde. Kalau nak order kena tunggu nak rebus spageti tu 30minit.

Cie macam what? Nak rebus spageti sekawah ke apa kalau setakat sepinggan tu sampai 30minit. Dia ingat kita ni tak pernah masak spageti agaknya. Malas nak argue. Tukar jela order. Kau dah start operation lepas tu takde apa yang ada. 

Snow time raub
Wefie jela tunggu makanan lambat

Kami order sikit pun dapat lambat. Mujur la takde orang lain. Kalau tak mesti lagi lambat. Order yang simple je pun. Mujur tak order menu lain yang gempak-gempak tu.

Snow time raub


Snow time raub


Snow time raub

Spageti yang dikatakan lambat tadi tukar dengan menu nasi ni. Ambil 3 set la nasi ni. Tu pun lambat jugak nak dapat makanan. Kalau kami tunggu je spageti tadi tak tukar order pun takpe sebabnya pun dapat lambat. Hahaha.

Nasi ni sedap tapi tu la bila service out ni kita macam tak happy la juga sebagai customer kan. Rasanya takmau datang dah. Cukup la nak rasa je. Bingsu pun sedap je. 

Sepanjang kami makan kat situ ada la 2 couple chinese datang minum dan makan roti bakar je. Hampir 2 jam juga rasanya kami makan kat situ. Selain dari tu takde customer memang kosong je kedai. 

Kalau jaga service, menu yang tertulis ada rasanya ramai je datang makan. Mesti akan repeat datang lagi. Rasa masakan sedap. Rugi la kalau tak jaga service.

No comments:

Post a Comment