D Bilut Agrofarm & Retreat - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 8 October 2023

D Bilut Agrofarm & Retreat

 D Bilut Bentong Pahang

D Bilut Agrofarm & Retreat

Cuti hujung minggu 26 Ogos 2023 yang lepas kami sekeluarga sempat pergi ke D Bilut Agrofarm & Retreat  yang terletak di daerah Bentong Pahang. Jalan Raub - Bentong. 

Betul-betul tepi jalan utama Raub - Bentong. Kalau dari Raub sebelah kanan dan kalau dari Bentong sebelah kiri. Dari jalan utama tu tak jauh dah masuk ke dalam tu. 300m je kot lebih kurang kalau tak silap.

D Bilut Agrofarm & Retreat
Kat sini boleh beli makanan untuk bagi animals makan RM8 sebekas ada roti, carrot dan kobis


D Bilut Agrofarm & Retreat
Harga tiket masuk


D Bilut Agrofarm & Retreat
Ni la jumlah bayaran kami masuk. Beli jugak sebekas makanan tu buat ghaso ghaso kata orang. Hahaha


Saja bawa anak-anak mengenal animals kat sini. Boleh bagi makan binatang-binatang kat D Bilut Agrofarm & Retreat. Walaupun memasing takut nak dekat. Hahaha. Animals semua dalam kandang. Boleh hulur je makanan dari luar.

Kat D Bilut Agrofarm & Retreat ni ada juga challet untuk yang nak bermalam dalam suasana sunyi dan tenang macam suasana kampung. Boleh booking melalui whatsapp untuk dapatkan harga diskaun RM260 per night. Kalau walk in mahal sikit katanya.

D Bilut Agrofarm & Retreat
Ostrich ni nampak kita terus datang. Mujur duk dalam kandang.


D Bilut Agrofarm & Retreat


D Bilut Agrofarm & Retreat
Duk jauh sikit takut kena patuk kepala. Hahaha

Banyak jenis binatang juga ada kat sini. Ostrich, kambing, kucing, burung, rusa, kura-kura, lebah, ayam, ular, katak, alpaca, rakun, meerkat dan pelbagai jenis lagi la. 

Ular boleh pegang. Ada beberapa jenis. Tak berani la. Hahaha. Tengok dari jauh je.

View kat sini juga sangat cantik dan mendamaikan. Memang cantik sangat. Pandai owner ni buat landscape dalam D Bilut Agrofarm & Retreat ni. Kena datang awal pagi atau petang sikit tak la panas terik sangat.

Walaupun ada pokok-pokok tetap panas juga. Banyak jenis pokok buah juga ditanam kat sini. Ada kolam ikan, ada itik berenangan. Memang best duk santai-santai. Ada dinosaur juga. Siap ada bunyi lagi. Macam real je.

D Bilut Agrofarm & Retreat


D Bilut Agrofarm & Retreat


D Bilut Agrofarm & Retreat


D Bilut Agrofarm & Retreat


D Bilut Agrofarm & Retreat
Cafe tepi kolam


D Bilut Agrofarm & Retreat
Cafe ni ada jual makanan ringan je


D Bilut Agrofarm & Retreat


D Bilut Agrofarm & Retreat
Dinosaur ni la ada masa berbunyi. Sebelah tu ada bangunan tengah buat lagi.


D Bilut Agrofarm & Retreat


D Bilut Agrofarm & Retreat


D Bilut Agrofarm & Retreat


D Bilut Agrofarm & Retreat


D Bilut Agrofarm & Retreat


D Bilut Agrofarm & Retreat
Surau pun disediakan di sini


D Bilut Agrofarm & Retreat
Challet kat bawah, atas tu cafe


D Bilut Agrofarm & Retreat
Kat sini ada cafe dan tepi tu boleh pegang burung dan begambar


D Bilut Agrofarm & Retreat
Kandang rusa. Kita datang je rusa serbu.


D Bilut Agrofarm & Retreat


D Bilut Agrofarm & Retreat


D Bilut Agrofarm & Retreat
Tak sempat nak rasa madu. Kami sampai dah 11 lebih


D Bilut Agrofarm & Retreat


D Bilut Agrofarm & Retreat
Staf kat sana buka je tempat lebah ni bagi kami tengok


D Bilut Agrofarm & Retreat


D Bilut Agrofarm & Retreat


D Bilut Agrofarm & Retreat


D Bilut Agrofarm & Retreat


D Bilut Agrofarm & Retreat
Dalam tandas pun cantik

Kat D Bilut Agrofarm & Retreat ni ada 2 cafe. Cafe pertama kita akan jumpa masa masuk, sebelah kolam. Ada jualan makanan ringan je. Boleh la nak healing tepi kolam. 

Cafe kedua sebelah dalam sikit. Laluan nak ke kandang rusa. Cafe tu ada menyediakan makanan berat. Tapi kami tak makan pun kat situ sebab dah plan nak makan tempat lain. So Cie tak boleh nak share la.

Selesai pergi semua tempat lebih kurang sejam je dari mula sampai habis. Kalau cuaca redup atau tak panas boleh la duk lama-lama. Boleh la bawak anak-anak mengenal animals.

Kat D Bilut Agrofarm & Retreat pun mereka tengah bina water park. So bila dah siap nanti boleh la ke sana lagi.

Jemput tengok Reels D Bilut Agrofarm & Retreat boleh nampak sikit suasana kat sana.

D Bilut Agrofarm & Retreat




2 comments: