Ayam Masak Kerisik - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 7 January 2024

Ayam Masak Kerisik

 Menu Makan Malam

Hari ni memang produktif betul dari sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam semua masak sendiri. Selalunya hujung minggu ada jela masa off kitchen. Hihihi. Hari ni hujan je sepanjang hari nak keluar mencari makan pun malas tu yang rajin la masak.

Ayam Masak Kerisik


ayam masak kerisik

 
Sebenarnya Cie pun taktau nama apa masakan Cie ni. Hihi. Letak kerisik so kita namakan jela Ayam Masak Kerisik. Resepi masukkan je apa yang ada maka menjadilah masakan kita. Cie selalu gitu je main letak-letak je bahan.

Bahan-Bahan Ayam Masak Kerisik

6 ketul ayam
1/2 biji bawang besar blend
2 biji bawang putih blend
1 batang serai titik
1 kotak santan kara (yang kecil 65ml)
1 sudu besar kerisik
2 keping asam gelugor
2 sudu minyak masak
Bahan perasa

Cara Membuat Ayam Masak Kerisik

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan blend dan serai hingga sedikit kekuningan.
  2. Masukkan ayam dan biarkan seketika. Masukkan 2 cawan air dan biarkan hingga ayam masak dan kecut.
  3. Masukkan santan, asam gelugor, kerisik dan kacau hingga rata. Biarkan hingga kuah pekat.
  4. Sesuaikan rasa. Angkat dan hidangkan.

Ayam masak kerisik ni kalau makan dengan pulut pun sedap. Macam ala-ala rendang jugak Cie buat. Cicah roti putih atau roti canai pun sedap je. Untuk menu dinner malam ni kita makan dengan nasi, ikan masin belanak, ulam timun dan sambal belacan.


Cie masak semua bahan yang senang-senang je. Nak masak pun senang je. Kalau tak pandai masak pun rasanya boleh jadi pandai kalau guna resepi Cie. Hihihi. 


ikan masin belanak
ikan masin belanak

Cie pandai makan ikan masin belanak ni sejak kahwin dengan husband. Makngah husband, adik mak mertua duduk kat Taiping. Kalau pergi sana atau kalau mereka datang Pahang mesti bagi ikan masin belanak ni. Kat sana memang banyak ikan ni.

Dulu tak pernah jumpa kat Lipis ni. Sejak BS Fresh Mart tu buka Cie pernah la beli kat situ. Sedap ikan ni goreng garing-garing. Letak bawang besar dan cili padi goreng, perah limau kasturi. Makan dengan pulut pun sedap.


menu dinner
ni la menu dinner kita malam ni




8 comments:

  1. macam mana nak goreng ikan masin belanak cantik kejadian mcm tu ye...akak buat selalu x menjadi..dia hancur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. minyak kena betul2 panas, lepas tu dah garing baru terbalikkan.

      Delete
  2. Terpikat pula dengan ikan belacak masin tu. Comel jew bubuh limau kasturi.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete