Dim Sum Kedai Eco - BLOG ROZIAH @ CIE

Saturday 6 January 2024

Dim Sum Kedai Eco

 Dim Sum RM2.40

Dim Sum Kedai Eco

Malam ni malas nak masak nasi. Tadi lunch pun dah pukul 2 lebih. Petang tadi pulak dah beli air kat Lion King Cafe Kuala Lipis so takde rasa lapar sangat. Nak makan luar pun dah jemu.


Cakap kat husband kalau rajin bakar la ikan talapia. Kalau malas kukus dim sum kedai eco jela ada dalam freezer. Wife nya kalau weekend ada penyakit M. Hahaha


Husband tak pandai masak tapi kalau bagi instruction boleh jela dia buat. Kukus dim sum ni senang je. Dim sum kedai eco ni memang sangat sedap. Harga pun murah je.


Kami anak beranak memang suka makan dim sum. Dulu taktau pun dim sum ada kat kedai eco. Kebetulan lalu tepi fridge tepi kaunter tu ternampak ada jual dim sum. Sejak tu la memang selalu beli.


Murah dan sedap memang kena repeat la. Sebungkus ada 5 biji hanya rm2.40 je. Memang berbaloi sangat beli dan kukus sendiri je. Cie cicah dengan sos thai je. Anak-anak cicah dengan sos cili.

Dim Sum Kedai Eco
Hasil kukusan husband. Hihihi

Nak masak dim sum ni senang je. Panaskan air kukusan. Letak dim sum dalam mangkuk stainless steel lepas tu kukus kejap je beberapa minit dah siap.

20 comments:

  1. Dekat eco sini x nmpk lagi.. Lepas nie boleh cuba beli jugak lah

    ReplyDelete
  2. Sedapnya makan dim sum. Kegemaran saya ni.

    ReplyDelete
  3. Alamak dia racun lagi kita.. XD

    ReplyDelete
  4. Sedap.. suka juga beli dim sum eco ni.

    ReplyDelete
  5. betul berbaloi je beli dimsum kedai eco, boleh la buat stock emergency time penyakit M tu datang...xde la rakyat kat rumah asyikkk merap kita je mnta masak ..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah memang betul buat stok senang anytime terdesak boleh guna. hihi

      Delete
  6. oh ada ya...lama dah tak ke kedai eco

    ReplyDelete
  7. alamak...kena racun dh ni..kena pi cari nanti ni...

    ReplyDelete
  8. aaaaaa feveret Mak Ana juga ni! tiap kali p eco mmg beli hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada masa cepat je habis kalau kat kedai eco tu. ramai peminat.

      Delete