Moon Cake Halal - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 19 January 2024

Moon Cake Halal

 Homemade Moon Cake Halal

Moon Cake Halal

Moon Cake atau Kuih Bulan merupakan kuih tradisional masyarakat Cina. Ia dimakan semasa perayaan pertengahan musim luruh. Pesta tersebut ialah sembahyang qamari dan memerhati bulan. Kuih bulan dianggap sebagai makanan istimewa pada peristiwa tersebut. Sumber Wikipedia


Cie memang suka makan moon cake. Memang kena cari moon cake halal la kalau nak makan. Sekarang ni pun banyak dah moon cake halal ada dijual. Orang melayu pun dah pandai menghasilkan moon cake halal. Bukan masyarakat cina sahaja. Tu yang istimewa Malaysia. Semua masyarakat saling berkongsi makanan tradisional dan semua orang pandai menyediakan.


Teringat masa kerja di PJD Construction di Ara Damansara. Setiap kali hampir nak masuk perayaan cina memang banyak dapat moon cake halal. Staf PJD Construction memang ramai cina dan CEO pun memang cina. Subcon pun memang kebanyakkan cina.


Memang banyak la dapat moon cake halal percuma je. Cie suka sebab packaging moon cake ni cantik-cantik. Kadang-kadang dapat box, bekas yang unik-unik. Ada bekas yang Cie masih simpan kat kampung. Punya la lama. Cie kerja kat PJD Construction rasanya tahun 2006. 


Bila dah resign dari PJDC tu takde dah dapat moon cake. Nak makan kena la beli. Hihi. Masuk kerja KKM pula pernah dapat bos cina. Dia pun selalu bagi moon cake halal. Bersambung semula dapat moon cake. Selepas bos tu pindah takde dah dapat moon cake. Nak makan kena beli. Jarang dapat jumpa moon cake halal.


Sekarang pulak Cie dah jumpa kawan sekerja. Jawatan kami sama dan dia bertugas di Hospital Rompin. Pertama kali Cie nampak dia post kat facebook terus Cie order masa tu. Dia poskan dari Rompin. Lepas tu lama dah tak order.


Sampai la minggu lepas nampak dia post kat facebook. Rasa teringin pulak nak makan moon cake. Terus la order dan dia COD masa kami ada kursus 17 Januari baru ni di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. 


Kot la ada peminat moon cake halal boleh order kat kawan Cie ni. Memang sedap dan dia boleh poskan. Korang boleh whatsapp dia order moon cake halal. Nanti jangan lupa sebut nama Cie mana tau dapat diskaun. hiihihi


moon cake halal


moon cake halal


moon cake halal


moon cake halal


moon cake halal


moon cake halal


moon cake halal


Antara set yang dijual ialah:

  • Set A: Pandan, Red Bean, Mung Bean RM10.00
  • Set B: Pandan Kuaci, Red Bean Kuaci, Mung Bean Kuaci RM11.00
  • Set C: Pandan, Red Bean, Mung Bean, Red Bean Kuaci RM12.00
  • Set D: Lotus, Pandan Kuaci, Red Bean Kuaci, Red Bean Egg Yolk RM15.00

Cie beli set A dan set D. Semua sedap memang puas hati beli. Saiznya comel kecil je so boleh la beli banyak flavour. Selalu yang dijual kat pasaran tu besar sangat tak habis nak beli seketul tu. Yang ni memang ngam je nak makan tu. Siap dapat free tester lagi.

2 comments:

  1. Teringin nak rasa tapi takut tak habis pula.

    Dulu zaman kecil pernah try tak tak suka. Time tu budak budak lagi bukan pandai rasa pun. Macam nak kena cari jugak ni.

    ReplyDelete