Beli Inai di Shopee
Cie memang suka pakai inai. Sebelum ni macam-macam jenis dah pernah beli termasuklah inai Neelofa. Inai Che Ta je belum pernah beli. Inai mekah pun Cie pernah beli kat Shopee. Kiranya dah cuba pelbagai jenis serbuk, pes dan macam-macam lagi la.
Cie terjebak beli Inai Kuku Aishah Beauty ni lepas tengok kawan pakai cantik. Tanya review dari dia. Dia cakap elok warnanya sekata dan menyerap kat kuku. Tapi kawan beli kat Tik Tok. Cie ni takde akaun Tik Tok.
Gigih la mencari kat Shopee mesti ada je. Biasanya seller memang akan jual kat banyak medium. Kebetulan jumpa ramai je seller yang jual kat Shopee. Cie pun terus klik 2 botol nak mencuba inai ni pulak.
Inai Kuku Aishah Beauty ni jenis serbuk. Bancuh je macam inai mekah yang Cie pernah beli dulu tu. So senang la. Kalau yang Neelofa tu dah siap bancuh boleh terus pakai. Tapi tu la tak tahan lama inai dia. Lagi-lagi kalau kita kerap guna air macam basuh pinggan tu. Tak sampai seminggu dah pudar.
Yang Aishah Beauty ni memang tahan lama dan warnanya sangat cantik. Inai Kuku Aishah Beauty ni ada 3 warna beauty black, dark maroon dan dark brown. Cie beli dark maroon dan dark brown. Taknak beli hitam kang macam lebam tersepit pintu jadinya. Hahaha.
Cie suka mix dark brown dan dark maroon tu. Warnanya akan jadi lagi cantik. Warna inai kuku Aishah Beauty ni memang tahan lama. Sekali pakai pun dah jatuh cinta. Sebotol tu tak sure berapa kali pakai. Rasanya banyak kali sebab sekali bancuh sikit je boleh cover sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki.
Seller akan bagi buffer sekali masa beli tu. So boleh la buff kuku baru cantik berkilat.
Cie beli bulan 11 hari tu. Sampai sekarang masih banyak. Padahal dah banyak kali Cie bancuh. Tinggal sikit je lagi kat kuku Cie topup lagi. Entahla sejak dah tua-tua ni minat betul berinai. Hahaha. Lama jugak la kuku Cie tak putih. Sentiasa berinai je. Nampak cantik bila ada warna.
Korang beli kat Shopee memang berbaloi beli Shopee Inai Kuku Aishah Beauty
mcm menarik ni. nak beli juga la inai ni..
ReplyDeletesila beli memang best pakai.
DeleteBoleh masuk list sebab memang mencari inai jugak.
ReplyDeleteBoleh masukkan memang cantik warnanya.
Delete