Nasi Goreng Telur - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 12 January 2024

Nasi Goreng Telur

BEKAL SEKOLAH ANAK

Nasi Goreng Telur

Minggu lepas masak Nasi Goreng Crab Stick untuk Menu Bekal Sekolah anak. Minggu ni masak nasi goreng telur pulak. Bahan sama je cuma yang ni letak telur dan ikan bilis. Cie memang sediakan bekal anak-anak setiap hari kecuali Jumaat. Jumaat selalunya bekal roti je beli kat kedai. Nasi Goreng Telur ni bekal hari Khamis semalam.


Jom Cie share resepi Nasi Goreng Telur yang sangat mudah disediakan. Kurang dari 15 minit dah siap. Sempat la pagi-pagi tu masak bekal untuk 2 orang anak. Cie pulak jenis tak make up pun pergi kerja so banyak la masa pagi-pagi nak sediakan bekal anak-anak.


RESEPI NASI GORENG TELUR

Bahan-bahan Nasi Goreng Telur

3 senduk nasi putih
1 biji telur
1 biji bawang putih - tumbuk
2 biji cili padi - tumbuk
1/4 biji bawang besar - tumbuk
2 sudu besar ikan bilis - tumbuk
6 sudu minyak masak (Cie guna minyak goreng ayam tu yang nampak kuning)
Bahan perasa

Cara Membuat Nasi Goreng Telur

  1. Pukul telur. Panaskan minyak kemudian masukkan telur. Buat telur hancur. Masa masukkan telur tu terus putar-putar guna garfu dalam kuali. Bila dah masak ketepikan.
  2. Panaskan miyak, tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau
  3. Masukkan nasi, telur hancur dan bahan perasa. Kacau hingga sebati.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

Dah siap dah senang je nak masak. Cie suka goreng dulu telur tu baru masuk dalam nasi. Ada sesetengah orang masuk masa tumis bahan tumbuk tu. Setiap orang ada cara tersendiri kan. Boleh je mana-mana namanya tetap sama cuma teknik masak berbeza.


Selamat mencuba.

12 comments:

  1. Ini nasi goreng paling mudah nak buat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak memang senang nak masak. sap sap soi siap 😬

      Delete
  2. Anak-anak cukup suka kalau letak telur lebih + ikan bilis goreng.. tapi kalau selalu MakBudak yang jemu.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak2 ni pula suka udang / sotong. Kalau letak telur ni dorg makan nasi je telur letak tapi. Nanti balik sekolah tengok ada telur tak habis.

      Delete
  3. alhamdulillah.. walaupun simple nampak sedap tu..penuh kasih sayang

    ReplyDelete
  4. nasi goreng ni masakan paling simpl;e tp sedap... :D

    ReplyDelete
  5. makanan sihat dan bersih dari ibu pasti membawa barakah kepada tumbesaran anak2. Tahniah!

    ReplyDelete