Nasi Goreng Crab Stick - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 5 January 2024

Nasi Goreng Crab Stick

 Nasi Goreng Simple

Nasi Goreng Crab Stick

Siap dah masak Nasi Goreng Crab Stick yang paling senang nak dimasak. Biasanya hari Jumaat tak masak. Beli makanan kat pasar malam je. Tapi sebab hari ni husband takde. Cie malas nak cari parking kat pasar tu. Terpaksa la rajinkan diri masak nasi goreng untuk anak-anak.

Kebetulan tengahari tadi beli nasi dan ayam goreng kicap 2 bungkus. Nasi sebungkus tak habis jadinya Cie pun masak la nasi goreng petang ni. Rugi pulak takkan nak buang kan. Nasi tu pulak ok je. Dari membazir elok lah kita buat Nasi Goreng Crab Stick. Nak habiskan crab stick ada 4 batang lebihan buat oden baru ni.

RESEPI NASI GORENG CRAB STICK

Bahan-bahan Nasi Goreng Crab Stick

3 senduk nasi putih
4 batang crab stick - potong kecil
1 biji bawang putih - tumbuk
1 biji cili padi - tumbuk
1/4 biji bawang besar - tumbuk
3 sudu minyak masak (Cie guna minyak goreng ayam tu yang nampak kuning)
Bahan perasa

Cara Membuat Nasi Goreng Crab Stick

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau.
  2. Masukkan crab stick dan kacau sedikit. Biarkan hingga crab stick.
  3. Masukkan nasi dan bahan perasa. Kacau hingga sebati.
  4. Sedia untuk dihidangkan.
Siap dah masak nasi goreng paling senang. Cie tak letak sayur sebab anak-anak tak makan sayur. Kosong gitu jela. Kicap pun tak letak, anak-anak suka nasi goreng kosong gitu je. 

Hari Selasa baru ni pun buat Nasi Goreng Crab Stick jugak untuk bekal anak-anak. Anak-anak suka sedap katanya so ibu repeat la lagi masak. Kalau anak-anak suka kita buatkan jela seronok tengok anak-anak selera makan.

10 comments:

  1. Sedap nasi goreng letak crab stick ni.. Anak2 mmg suka :D

    ReplyDelete
  2. yg simple2 tu la yg sedap. silap2 berpinggan.

    ReplyDelete
  3. Wah, nampak senang resipi ni. Lain kali boleh cuba 👍🏻

    ReplyDelete
  4. kalau kami pun makanan berasaskan crab sticks memang kami suka.. sedap. budak2 lagi la suka kan apa mama dia masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak2 apa ibu masak yang tu la terpaling sedap. hihi

      Delete
  5. Boleh masukkan jadi menu untuk bekal pi kerja ni....sedap...

    ReplyDelete