Sarapan Di Kedai Kopi Stesen - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 21 January 2024

Sarapan Di Kedai Kopi Stesen

 Kedai Kopi Stesen Kuala Lipis

Sarapan Di Kedai Kopi Stesen


Minggu lepas nak sarapan di Kedai Kopi Stesen ni tapi tutup. Minggu ni kita try lagi pergi kot buka. Kedai Kopi Stesen ni kalau tak silap tutup weekdays. Jarang la tutup weekend. Biasa weekend ramai orang suka sarapan di luar. Kalau tutup rugi la kan. 


Rezeki hari ni Kedai Kopi Stesen ni buka so bersarapan kat sini sekali nak beli barang dapur. Kebetulan hari ni dijemput jadi juri pertandingan memasak kuih anjuran Wanita Inspirasi (WI). Sekali arung la terus keluar rumah. 


Kami kerap juga bersarapan kat sini. Cie memang jenis suka kedai ala kopitiam ni. Kat Lipis ni dulu ada la 2-3 kedai kopitiam. Semuanya tak kekal lama. Buka 2-3 tahun lepas tu tutup. Taktau la kenapa. Rasanya ramai je pelanggan. Mungkin ada la tu kekangan yang membuatkan mereka tutup perniagaan.


Hari ni menu biasa la nasi lemak ayam, roti bakar dan telur separuh masak. Ni jela menu kami selalu order kat sini. Bubur nasi berlauk dan roti jantan tu kadang-kadang je. Ada juga menu kuey teow tapi mula dijual 10.00 pagi. Sebelum tu takde. 



sarapan di kedai kopi stesen



sarapan di kedai kopi stesen



sarapan di kedai kopi stesen



sarapan di kedai kopi stesen


Macam ni la bila hujung minggu kita berbagi rezeki dengan orang lain yang meniaga makanan. Kalau ikutkan nasi lemak, roti bakar tu boleh je buat sendiri. Tapi sebab kita nak mudah, nak cepat, nak bantu ekonomi orang lain apa salahnya kita makan di kedai. Kalau rajin baru masak sendiri. Hihihi

No comments:

Post a Comment