Baked Macaroni For Dinner And Lunch

Petang Sabtu Cie masak Baked Macaroni untuk dinner. Nak habiskan mozzarella cheese yang expired 7 Disember 2025. Masa beli barang dapur Cie beli terus sos pasta Prego. Ada diskaun beli 3 tin terus Cie grab.

Baked macaroni with meatball

Biasanya Cie beli yang Kimball tu murah sikit. Tengok masa beli barang dapur tu yang Prego tu ada diskaun dan lebih murah dari Kimball Cie terus jela beli yang Prego tu. Ada 3 tin dalam 1 pek tu.

Kalau masak macaroni mesti tak reti bajet. Sekuali dapatnya. Cie letak daging cincang, meatball dan button mushroom je. Cie buat jugak bechamel sauce. Cie pun bahagikan kepada 2 bekas.

Baked macaroni with meatball

Bechamel sauce

Baked macaroni with meatball

Sebekas makan untuk dinner hari Sabtu tu dan sebekas lagi Cie simpan untuk lunch hari Ahad. Kebetulan Faiz takde Ahad tu so Cie malas nak masak dah. Ada baked macaroni tu boleh bakar je terus.


Berselera anak-anak makan walaupun menu dinner hari Sabtu dan menu lunch hari Ahad sama je. Bagus jugak terlebih masak ni dapat la makan 2 kali dan tak perlu dah masak berkali-kali. Sekali masak je untuk 2 kali makan.

Hari cuti nak berehat je. Cuti 2 hari rasa kejap je. Time tu la nak stock up barang dapur, nak iron baju kerja, nak mengemas. Banyak la to do list on weekend.




Catat Ulasan

0 Ulasan