Hari Sabtu sebelah petang lepas siap masak dinner Cie ajak Faiz pergi beli sayur kat Mini Ria berdekatan rumah Cie. Siap beli sayur Cie cakap kat Faiz jom pergi Zus nak pick up air. On the way tu Cie order siap-siap. Sampai je kat Zus dapat notification order dah siap. Cie suruh 2 beradik tu turun pick up.
Cie order Iced Finally Pistachio Chocolate untuk Cie dan kakak Raisha. Adik Rania nak Creamy Manggo favourite dia. Faiz taknak dia bukan jenis minum sangat air-air macam ni.
First sip kakak Raisha cakap sedap la ibu rasa lemak-lemak. Cie pun rasa eh sedap la. Rasa lemak memang ngam dengan serbuk apa entah macam biskut oreo. Sampai je rumah kakak Raisha dah habis minum air dia. Adik Rania try tapi dia tak suka. Tetap la creamy mango dia terpaling sedap.
Sedap jugak rasa macam ketagih nak lagi. Tengok la nanti kalau ada masa boleh lagi beli air tu sebulan kot ada. Dapat jugak holder cup dan sticker. Sticker capybara tu cantik yang jenis 3D.




0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.