Kalau beli daging Cie potong siap-siap dan rebus dalam periuk Noxxa HP 30 minit je lembut elok je daging.
Petang semalam Cie terus rebus dan simpan dalam freezer sekali air rebusan.
Petang tadi tumis bawang putih, halia, bawang besar, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Dah layu tu masuk terus dalam tulang dan daging sekali air rebusan tu. Cie letak kentang, cendawan tiram, celeri. Daging tu dah lembut cuma tunggu kentang dan cendawan jela lembut.
Sambil tu tadi sempat juga Cie buat bawang goreng homemade. Cie memang tak beli bawang goreng. Selalunya buat sendiri je bawang goreng. Memang sentiasa ada stok kat rumah. Sambal belacan pun buat stok jugak tadi simpan dalam fridge senang nak makan.
Untuk dinner tadi Cie buat jugak telur dadar, ulam timun makan dengan sambal belacan. Adik Rania bertambah-tambah makan sedap sangat katanya. Jarang-jarang masak daging tu yang berselera makan.



4 Ulasan
Wah…sedapnya menu dinner Cie. Macam makan di kedai, siap ada ulam timun sambal belacan.
BalasPadamBuat bawang goreng sendiri lebih sedap sebab masih segar rasanya.
sedapnya sup tulang! terliur la plak heheeh
BalasPadamSup tulang dan daging mmg fav akak tp skrg x leh makan selalu..kena jaga kolesterol dh...
BalasPadamYummy. Nampak menyelerakan. Lama tak buat sup tulang.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.