Ayam Goreng Tomato - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 7 February 2024

Ayam Goreng Tomato

 

ayam goreng tomato

2 hari berturut-turut off kitchen dinner. Kelmarin husband takde so malas masak dinner nak makan 3 beranak je tapau je senang. Malam semalam dinner Marrybrown celebrate birthday adik Rania. So malam ni jela terajin nak masak. 


Plan asalnya nak masak ayam goreng kicap je menu paling senang. Dah siapkan bawang besar dan serai. Konon nak letak serai la dalam ayam goreng kicap tu. Buka fridge tengok tomato ceri yang dah berminggu beli tu dah kecut. Tengok ada cili besar merah dan hijau. Terus zassss keluar idea nak masak ayam goreng tomato je. Ada la dalam 15 biji buah tomato ceri tu.

Resepi Ayam Goreng Tomato

Bahan-bahan Ayam Goreng Tomato

7 ketul ayam
1 sudu besar serbuk kunyit
15 biji tomato ceri
1 biji cili merah besar
1 biji cili hijau besar
1 batang serai
1 sudu bawang putih blend
1 sudu bawang besar blend
1 sudu besar sos seafood (sos tiram)
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
Bahan perasa
Minyak masak
Daun sup hiasan

Cara Membuat Ayam Goreng Tomato

  1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak banyak. Goreng ayam hingga masak.
  3. Blend tomato ceri, cili hijau, cili merah dan serai dalam mini chopper blender.
  4. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan blend sehingga masak. 
  5. Bila dah agak kering, masukkan sedikit air. Masukkan garam, gula dan bahan perasa. Biarkan masak seketika. 
  6. Bila agak cukup rasa boleh masukkan ayam goreng tadi dan kacau rata.
  7. Kalau ada daun sup boleh taburkan. Takde pun takpe.

Dah siap dah ayam goreng tomato macam ayam berlado juga cuma yang ni tomato dan tak pedas. Minggu lepas masak ayam berlado kemain pedas. Kesian anak-anak nak makan terpaksa bersulam air je. Anak-anak memang suka ayam berlado. Bertambah la nasi. Malam ni saja try ayam goreng tomato anak-anak pun suka tak pedas bertambah la makan.


Menu malam ni ada sayur goreng. Nak habiskan stok kobis dalam fridge tu. Tu pun dah berminggu duk dalam fridge. Goreng kicap je untuk dinner malam. 


kobis goreng kicap


meu dinner
2 jenis je cukup la


Masa husband pergi Penang Isnin baru ni dia bawa balik jambu. Sedap betul jambu tu cicah asamboi. Lama tak makan jambu tu.

jambu asamboi


12 comments:

  1. Kita ni wife, ibu letak apa je la...mesti boleh jadi lauk yang sedapkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu. dari takde idea nak masak apa tiba jadi makanan terhidang.

      Delete
  2. Pagi2 ni boleh terliur tengok jambu tu. Haishhh....ayam goreng tomato tu nampak menarik jugak.

    ReplyDelete
  3. lama tk mkn jambu air...ada menu ayam tu selauk pn dh cukup

    ReplyDelete
  4. Akk sekarang pun satu lauk, satu sayur je utk dinner. Kalau hari minggu tu special la sikit

    ReplyDelete
  5. Jambu air tu jenis jambu madu ke Cie.
    Mahal sungguh harga jambu sekarang ni.

    ReplyDelete
  6. kat rumah pun ada kobis gak..nanti nak goreng je mcm tu, semalam campur dalam telur dadar..hahaha..konon2 cabbage pancake lah mcm cerita korea tu...😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cie selalu goreng gitu je kalau kobis atau masuk dalam tomyam.

      Delete