Nasi Kukus Kak Chik - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 9 February 2024

Nasi Kukus Kak Chik

 Kedai Nasi Kukus Kak Chik

Nasi Kukus Kak Chik

Nasi Kukus Kak Chik ni antara nasi kukus yang terkenal kat Lipis ni. Lama juga dah kedai ni beroperasi. Seingat Cie dulu-dulu masa mengandungkan kakak Raisha selalu beli Nasi Kukus Kak Chik. Rasanya sama je cuma harga jela berbeza dulu dan sekarang.


Nasi kukus ada kuah kari, sambal, timun dan ayam goreng. Ayam gorengnya tu memang sangat sedap. Ada guna bahan rahsia agaknya. Tak sama dengan nasi kukus tempat lain. Ayam dia besar juga. Kalau kepak tu sekali leher. Memang kegemaran Cie dan anak-anak suka kepak.


Nasi Kukus Kak Chik


Sekarang ni lokasi kedai ni berhadapan dengan Dewan Jubli Kuala Lipis. Kedai sentiasa full house lagi-lagi waktu lunch hour. Kena beratur la nak membeli.


Selain dari nasi kukus, kedai Nasi Kukus Kak Chik ni ada menyediakan menu lain juga iaitu laksam dan nasi lemak. Laksam dia memang sedap. Nasi lemak dia Cie tak pernah makan tapi husband suka mesti sedap juga la tu.


Nasi Kukus Kak Chik
Nasi lemak husband makan

Kalau ada yang mencari tempat makan lunch di Lipis boleh la cari kedai Nasi Kukus Kak Chik ni. Memang Cie cadangkan korang makan la kat sini. Dijamin sedap.

6 comments:

  1. Wah, boleh ratah-ratah ni kalau kepak goreng sekali dengan leher.

    ReplyDelete
  2. Kalau dah serasi dgn tekak tu mesti kita repeat beli kat situ je kan... Dekat tmpt PH ni pun ada satu food truck tu, kitorang suka nasi kukus dia. Dari harga RM4.50 hingga skrg RM6 dah PH masih setia beli dgn dia :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini dari rm5 rasanya dulu2. Naik rm6.50. Sekarang kalau tak silap rm8-9 gitu la.

      Delete
  3. Ayam goreng rempah ke tu ? Nampak sedap , garing je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ayam goreng berempah tapinya lain sikit dari kedai2 lain tu.

      Delete