Banyak betul dengan ramalan orang kan. Katanya raya Khamis la, anak bulan tak nampak la. Macam-macam kita dengar. Sebab memasing dah serik tahun 2022 dulu raya mengejut. Untuk tahun ni 9 April 2023 baru tengok anak bulan. So malam tu selepas berbuka duk menunggu pengumuman raya.
Dari kecik moment tunggu pengumuman raya ni la paling syok. Mengadap tv sambil menjerit raya ke tak. Hihihi.
Bila dah dengar pengumuman raya baru la boleh mengemas rumah. Cie kemas ruang tamu rumah dan isi kuih raya dalam balang kuih. Penat juga mengemas ruang tamu rumah ayah ni. Berpeluh jugak la malam raya mengemas sampai tengah malam.
|
asalnya pasu-pasu tu duduk dalam almari, Cie letak atas almari buat deco sikit |
|
ni ayah punya masa pencen Majlis Guru Besar Lipis bagi hadiah tempat letak pen |
|
bahagian sofa settle |
|
tengah menyapu snap picture dulu. hihihhi |
|
alas meja ayah beli dulu ni masih elok boleh pakai raya |
|
anak-anak meneman ibu mengemas. ada jugak la tolong lap-lap |
|
port oot oot belum siap tak letak alas meja lagi |
|
mengopi dulu sambil mengemas |
|
siap mengemas boleh la berehat |
Jenuh jugak nak siap mengemas sorang-sorang. Selalunya part mengemas ni kakak Cie yang duduk Perak tu. Dia balik raya kedua. Nak taknak Cie la kena mengemas ruang tamu dan ruang makan. Cie selalunya part masak memasak.
selamat hari raya Cie&family..maaf zahir&batin
ReplyDeletetahun ni raya teka-teki rabu atau khamis hehe
Selamat hari raya jugak ☺️
DeleteTu la kan semua duk pakat kata tak nampak anak bulan.
selamat hari raya
ReplyDeleteSelamat hari raya ☺️
Deletebesar ruang nya nak mengemas tu...
ReplyDeleteYe ruang tamu besar memang penat mengemas 😅
DeleteSelamat Hari Raya Cie...
ReplyDeleteSeronok rumah macam ni, ruang tamu luas.. tetamu selesa kalau ramai² pun
Selamat hari raya PH☺️. Aah family ramai memang luas la ruang tamu.
Deletemenanti dengan penuh debaran.. ldy dari dlm rumah jerit ke anak2 saudara yg duk tunggu pengumuman bgth raya tak jadi raya tak jadi :P.. meriah sungguh..
ReplyDeleteYe lepas berbuka duk mengadap tv tunggu pengumuman.
Deleteselamat hari raya Cie sekeluarga! suka rumah luasss tp tu lah letih nak kemas hehe
ReplyDeleteSelamat hari raya ☺️. Ye memang penat nak mengemas.
Deletemasih syawal lagi kan... selamat hari raya kaaaak... minal aidin wal faizin.. saya minta maaf utk semua salah2 kata yaaa dalam komentar di blog :).
ReplyDeleterapiiii semua yaa, dah terbayang tempat luas di bagian living room biasanya jadi tempat para cucu tidur di atas tilam atau karpet :D.. teringat masa2 kecil dulu ;)
Selamat hari raya juga. Maaf zahir batin. Alhamdulillah semua tidur dalam bilik. Rumah ayah luas.
Deletesukanya tengok rumah kampung Cie...akak suka rumah macam ni...akak pun bab masak memasak je suka..bab mengemas x suka langsung
ReplyDeleteRumah lama masih ada papan. Cuma tak terjaga la. Bahagian bawah je masih ok. Tu la sama kita malas nak mengemas. Terpaksa sangat baru buat.
Deletecantik port ootd.. kena ada satu ruang utk ootd baru best kan
ReplyDeleteSemua suka oot oot kena la ada port cantik 😬
DeleteCantik dan luas ruang tamu rumah ayah Cie. Raya tahun ini Kak Amie tak berapa sihat. Encik Suami dan anak-anak tolong kemas rumah dan bantu masak di dapur.
ReplyDeleteYe kak luas sebab kami ramai family. Tu yang ayah tinggalkan rumah luas untuk anak cucu cicit dia 😢
DeleteCCL malam raya baru kalut cari kuih raya ..tapi tutup awal .pergi lepas berbuka pun dah tutup . Kesimpulannya raya tahun ni tak ada kuih raya . Makan kudapan-kudapan jer .
ReplyDeleteRumah kami pulak meriah. Adik beradik bawak balik sikit sorang.
Delete