Banyak betul dengan ramalan orang kan. Katanya raya Khamis la, anak bulan tak nampak la. Macam-macam kita dengar. Sebab memasing dah serik tahun 2022 dulu raya mengejut. Untuk tahun ni 9 April 2023 baru tengok anak bulan. So malam tu selepas berbuka duk menunggu pengumuman raya.

Pengumuman Raya Dan Mengemas Rumah

Dari kecik moment tunggu pengumuman raya ni la paling syok. Mengadap tv sambil menjerit raya ke tak. Hihihi.

Pengumuman Raya Dan Mengemas Rumah

Bila dah dengar pengumuman raya baru la boleh mengemas rumah. Cie kemas ruang tamu rumah dan isi kuih raya dalam balang kuih. Penat juga mengemas ruang tamu rumah ayah ni. Berpeluh jugak la malam raya mengemas sampai tengah malam.

Pengumuman Raya Dan Mengemas Rumah
asalnya pasu-pasu tu duduk dalam almari, Cie letak atas almari buat deco sikit


Pengumuman Raya Dan Mengemas Rumah
ni ayah punya masa pencen Majlis Guru Besar Lipis bagi hadiah tempat letak pen


Pengumuman Raya Dan Mengemas Rumah
bahagian sofa settle


Pengumuman Raya Dan Mengemas Rumah
tengah menyapu snap picture dulu. hihihhi


Pengumuman Raya Dan Mengemas Rumah
alas meja ayah beli dulu ni masih elok boleh pakai raya


Pengumuman Raya Dan Mengemas Rumah
anak-anak meneman ibu mengemas. ada jugak la tolong lap-lap


Pengumuman Raya Dan Mengemas Rumah
port oot oot belum siap tak letak alas meja lagi


Pengumuman Raya Dan Mengemas Rumah
mengopi dulu sambil mengemas


Pengumuman Raya Dan Mengemas Rumah
siap mengemas boleh la berehat

Jenuh jugak nak siap mengemas sorang-sorang. Selalunya part mengemas ni kakak Cie yang duduk Perak tu. Dia balik raya kedua. Nak taknak Cie la kena mengemas ruang tamu dan ruang makan. Cie selalunya part masak memasak.