1 Mei 2024 kita menyambut Hari Pekerja 2024 atau boleh juga dipanggil Hari Buruh. Macam biasa la Hari Pekerja ni kita diberikan cuti. Untuk yang bekerja waktu pejabat la. Bagi yang bekerja syif tak dapat cuti boleh claim cuti atau claim duit. Cie memang cuti la sebab kerja office hour. Boleh la berehat kat rumah.
Tema hari pekerja tahun 2024 adalah ‘Pekerja Kesuma Bangsa’. Kerajaan juga mengumumkan gaji baru untuk penjawat awam bermula Disember 2024 nanti dengan kenaikan 15% dan minimum gaji RM2000 sebulan. Alhamdulillah terima kasih PMX.
Seawal pagi tadi Cie masak nasi lemak kukus, sambal tumis udang, ikan bilis goreng, telur rebus, timun, papadom, keropok goreng. Keropok pemberian kakak ipar. Suami kata keropok bawang. Sedap juga rasanya.
Bentang tikar makan kat porch je. Lama tak makan bersila kat luar rumah ni. Selalunya time sarapan kalau tak keluar pergi mana-mana Cie masak je menu breakfast. Terajin sikit masak nasi lemak pagi ni.
Husband mengecat gate, Cie mencuci karpet. Aktiviti hari cuti tak ke mana-mana hari ni. Malas nak hantar karpet ke dobi. Cuci sendiri jela boleh juga terbakar kalori makan nasi lemak tadi. Hihi
Lunch malas dah nak masak. Tengok la nanti keluar kejap cari makan. Hari cuti ni ada masa malas jugak nak masak. Dah rajin waktu pagi tadi cukup la. Hahaha.
selamat hari pekerja...
ReplyDeleteSelamat hari pekerja ☺️
DeleteSelamat hari pekerja...selamat bercuti..
ReplyDeleteSelamat hari pekerja ☺️
DeleteSeronok rumah landed... Ad tempat nk sidai karpet.. Linda mmg kena hanta kedai lah
ReplyDeleteAah senang nak sidai. Selalu sidai kat gate tapi sebab cat belum kering sidai kat tepi jela.
DeleteSelamat bercuti dan tak beristeri rehat
ReplyDeleteSelamat hari pekerja
Delete