Aidiladha 1445H - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 18 June 2024

Aidiladha 1445H

Selamat Hari Raya Aidiladha 1445H buat semua. Aidiladha kali ni sama je macam sebelum ni tak meriah pun. Pakai baju cantik-cantik, makan-makan tu jela aktiviti. Takde buat korban family kami.

Pagi raya Aidiladha Cie masak jugak nasi hujan panas untuk makan sarapan. Semalam dah share Menu Raya Aidiladha, hari ni share gambar-gambar beraya semalam. Hari ni walaupun sambung cuti tak berjalan ke mana dah. Duduk rumah je husband kerja.

Aidiladha 1445H


Aidiladha 1445H

Sementara tunggu husband balik solat raya kami 3 beranak berposing raya la dulu. Husband balik terus tukar baju raya tak sempat la nak bergambar 4 beranak. Macam ni la orang lelaki kan. Susah betul nak bergambar.

Aidiladha 1445H

Siap bergambar-gambar kat rumah kami terus gerak ke rumah mak mertua. Makan menu raya sikit je sebab dah kenyang makan nasi hujan panas kat rumah. Cie ambil jugak la 2 ketul lemang cicah sambal sardin.

Aidiladha 1445H
Makan lemang kat rumah mak mertua

Next pergi rumah kakak Cie yang kedua. Kat rumah kakak Cie ni tak makan dah. Dia masak pulut kuning dan rendang ayam je. Cie cuma makan biskut raya je sementara tunggu anak buah dan kakak Cie bersiap kami plan nak beraya ke rumah kakak nombor 6 di Bentong.

Aidiladha 1445H
Makan biskut kat rumah kakak


Aidiladha 1445H
Kat rumah kakak la baru ada gambar babahnya

Lepas beraya rumah kakak nombor 2 kami terus bergerak ke Bentong. Saja je berjalan raya jauh sikit. Taktau nak ke mana juga kalau raya Aidiladha ni ramai orang buat korban. Ziarah raya tu takde sangat macam raya Aidilfitri.

Aidiladha 1445H


Aidiladha 1445H


Aidiladha 1445H
Chocolate Ice untuk anak-anak


Aidiladha 1445H
Hazelnut Latte untuk ibu

Masa husband singgah isi minyak kat Petron Lipis. Ibu dan anak-anak pun singgah la Richiamo Coffee Kuala Lipis sebelah kedai Petron tu. Kebetulan buka pulak walaupun raya. Beli Chocolate Ice dan Hazelnut Latte je buat bekalan minum dalam perjalanan ke Bentong.

Jangan lupa pakai Hands & Body Lotion Personal Collection bagi wangi sikit nak bersalaman. Hihi. Lotion Personal Collection ni wangi dan buatkan kulit kita sentiasa lembab je takdela kering je duduk dalam kereta ada aircond kan.

http://www.roziahmuhammadnor.com/2024/06/herbs-and-beauty-lotion-personal.html?m=1


Sampai di rumah kakak kat Bentong dihidangkan menu makan tengahari yang meriah betul. Takde lemang ketupat dah. Menu kedai masakan thai sedap betul.

Aidiladha 1445H
Menu makan tengahari rumah kakak


Aidiladha 1445H
Menu minum petang bihun sup tulang

Abang ipar buat korban kat Bentong. Merasalah kami makan daging korban. Kakak masak bihun sup tulang. Dibekalkan juga daging korban bawak balik. Taktaula nak masak apa daging tu. Cie ni jarang la masak daging kat rumah. Sakit gigi makan daging melekat celah gigi.

Semalam Cie bawak jugak stok Personal Collection kakak-kakak Cie beli surut jugak la stok Cie tu sebekas. Alhamdulillah rezeki raya Aidiladha berniaga laris.

Produk personal collection
Bawak stok banyak ni


Produk personal collection
Yang tinggal ni je. Alhamdulillah

Gerak balik dari Bentong semalam dah pukul 7 malam. Hujan sepanjang perjalanan semalam. Kenderaan menghala ke KL pun berderet je semalam memasing balik dah hari ni ramai dah mula kerja.

Inilah cerita Aidiladha Cie semalam. Tak meriah pun biasa je sekadar meraikan Aidiladha dengan sederhana je.


9 comments:

  1. Comelnya 3 beranak ni beraya ye...nampak sedap juadah tu...Selamat Hari Raya Aidiladha buat Cie sekeluarga

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya cie... kami di trg xpakai baju cantik2.. kami pakai baju sembahyang n solat raya, lps tu semua ke lapangan untuk aktiviti korban.. walaupun x buat korban tp siang daging, lapah2kan daging secara bergotong royong.. meriah..

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidiladha buat Cie sekeluarga. Walaupun tak semeriah raya aidilfitri, tapi dapat jugak ziarah rumah mak mertua & kakak, seronoknya.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya semua juadah yang tuan rumah sediakan.

    ReplyDelete
  5. Kalau saya terbalik nih, suami sukaaaa sangat difoto, sementara saya tak suka 🤣😄. Makanya tiap raya tak pernah ada foto keluarga, krn memang saya selalu tak mau 😅. Foto mereka bertiga saja yg ada.

    Menu di atas pun dah sedaaap semua kak. Bihun kuah itu paling menggoda lihatnya 🤤👍

    ReplyDelete
  6. Salam aidiladha. First time dengar mkn lemang cicah kuah sardin. Selalu dgn rendang or serunding je.. Boleh try lpas ni. Sambal sardin tu mmg feveret, cuma blom pnah try dengan lemang je..

    ReplyDelete
  7. Salam Aidiladha cie sekeluarga .
    Meriah laa menu tengahari tu.

    ReplyDelete