Resipi Sambal Belacan - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Isnin, 17 Jun 2024

Resipi Sambal Belacan

Bila hari cuti banyak masa boleh la lama-lama kat dapur. Masak menu sarapan, menu lunch dan menu dinner. Masa masak menu lunch, terus sekali buat sambal belacan. Kebetulan semua bahan ada jadi kita buat la resipi sambal belacang yang mudah. Guna bahan yang ada je.

Setiap kali makan nak buat sambal memang tak rajin la. So buat la stok sambal belacan senang nak makan bila-bila je. Letak dalam peti sejuk InsyaAllah akan tahan lama. Anak-anak pun boleh makan sebab takdela pedas sangat. Anak-anak Cie suka makan sambal.

Resipi sambal belacan

Resipi Sambal Belacan

Bahan-bahan Sambal Belacan

3 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
2 biji cili hidup merah
1 biji cili hidup hijau
12 biji cili padi merah
2 biji cili padi hijau
1 inci belacan
1 sudu kecil asam jawa tanpa biji
2 biji limau kasturi - perah jus & hiris kulit
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Sedikit air masak letak separuh bahan je

Cara Membuat Sambal Belacan

Blend semua bahan hingga hancur dan sebati. Siap. Boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan letak dalam peti sejuk supaya sambal belacan tahan lama.

Sambal belacan ni sedap je makan dengan apa-apa ulam terutama timun. Kalau makan kat kedai thai tu mesti mereka akan bagi sambal belacan dan timun. 

Resipi sambal belacan


5 ulasan:

  1. Bagus buat mcnie..sbb bila nak makan xyah nak buat-buat dahhh...

    BalasPadam
  2. wah...thanks cie share resepi yang version macam ni..nanti akak nak cuba buat la

    BalasPadam
  3. Tudia resipi ni kena save ni. Bila-bila kita buat.

    BalasPadam
  4. Perbedaan sambal belacan Malaysia dan indonesia ada pada air nya. Di sini tak letak air.. Makanya awal2 dulu saya confused kenapa cair. Tapi saat dicoba sedaaap 👍. Jadi kalo bikin sambal belacan saya suka gonta ganti. Kdg style Malaysia, kdg style Sunda yg khas sini 😄

    BalasPadam
  5. Sama CCL suka letak perahan limau kasturi juga .

    BalasPadam