Kerja Hari Sabtu - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 8 June 2024

Kerja Hari Sabtu

Cie sebenarnya tak kerja hari Sabtu. Cie bekerja waktu pejabat Hari Isnin hingga Jumaat saja tapi disebabkan terlalu banyak kerja sekarang ni terpaksa la juga datang kerja hari Sabtu. Cie nak kena siapkan dokumen tender.

Kerja Hari Sabtu

Kiranya kerja hari Sabtu ni boleh claim overtime. Pagi tadi saja snap gambar thumbprint ni. Bermula Julai 2024 nanti dah start guna thumbprint baru yang sebelah kanan. Yang sebelah kiri tu last la pakai bulan ni. 

6 Jun baru ni dah start pendaftaran thumbprint baru. Dah scan muka dan jari telunjuk. Tu yang tadi lalu depan thumbprint baru tu dia terus scan muka Cie. Snap la gambar untuk kenangan thumbprint lama.

Cie kerja hari ni start 8 pagi dan balik 1 petang. Tu pun tak siap lagi jugak tadi. Sambung hari kerja pulak buat nanti. Sampaikan kerja hakiki banyak la tertangguh nak siapkan dokumen tender. Julai 2025 start tender baru tu yang kena siapkan dokumen tender untuk buka tender baru tak lama lagi.

Pagi tadi sambil siapkan dokumen tender tu sempat la breakfast roti bakar. Roti bakar garing sedap betul kruk krakkk je gigit. Cie saja buat garing. Kalau cicah kopi lagi sedap tu.

Kerja Hari Sabtu

Sebelum keluar kerja tadi pun dah masak siap-siap untuk anak-anak. Cie masak spageti goreng je. Tinggalkan makanan untuk anak-anak takdela anak-anak bising lapar la apa la. Dapat la ibu kerja dengan tenang.

Balik kerja tadi belikan Churros dan Takoyaki pulak. Biasanya anak-anak taknak dah makan berat. Makanan ringan gitu pun dah ok. Ibu pun malas nak belikan nasi. Kedai Churros dan Takoyaki ni pun sambil lalu balik kerja tadi.

Kerja Hari Sabtu


Kerja Hari Sabtu


Kerja Hari Sabtu

Balik tadi singgah Mr Churros beli 1 set RM7 ada 8pcs boleh pilih nak sos apa. Cie ambil milk chocolate. Ada juga dark chocolate dan caramel.

Takoyaki pulak family set ada 12pcs RM11. Takoyaki by Ayeh ni memang sedap betul. Memang selalu la beli. Waktu buka tak menentu. Kekadang nak beli tutup pulak. Tadi kebetulan lalu buka terus singgah. Cie dan anak-anak memang suka Takoyaki ni.

Sampai rumah terus mandi dan solat. Baru la lunch dengan anak-anak. Spageti pagi tadi masih ada boleh la ibu makan. Anak-anak makan Churros dan Takoyaki je. 

8 comments:

  1. Sedap tu Mr Churros. Teringin pulak jadinya hehhe.
    Ada plak takoyàki... seronoklah tu anak² Cie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap garing je cicah coklat. Sekejap je anak2 makan licin 😬

      Delete
  2. Linda tak pernah lg rase churros.. Ketinggalan zaman betul.. Kikiki

    ReplyDelete
  3. rajinnye cie.. tapi kalau x rajin nnti keje x siap pula kan.. nti bertimbun2 pula kejadiannya..

    semoga Allah permudahkan semua urusan cie.. ameeennnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa rajin kalau tak, tak settle kerja.

      Delete