Sambal Buah Kuini - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 19 June 2024

Sambal Buah Kuini

Tengahari tadi kakak hantar whatsapp kata hantar buah kuini kat rumah. Cie belum balik rehat. Dia letak kat dalam gate je. Sampai je rumah lepas ambil anak sekolah 1 lebih tu tengok seplastik ada atas kerusi luar rumah. Terus dalam kepala nak buat sambal buah kuini la dinner malam.

Sambal Buah Kuini

Raya baru ni pergi beraya kat rumah kakak di Bentong pun Cie buat sambal buah kuini tu. Memang berselera makan nasi bila ada sambal buah kuini ni. Mudah je nak buat cuma 3 bahan je.

Sambal Buah Kuini

1 biji buah kuini cincang dan hiris
3 biji cili padi
1/2 sudu teh garam halus

Tumbuk cili padi dan garam hingga lumat. Kemudian masukkan buah kuini tadi. Tumbuk-tumbuk manja je dan ambil sudu gaul-gaul je. Siap dah sambal buah kuini. Makan dengan nasi panas-panas memang menyelerakan.

Selain dari buat sambal buah kuini ni boleh juga makan begitu saja. Rasa dia manis. Lagipun buah kuini kakak Cie ni memang tak buruk langsung. Petuanya jangan letak belacan kalau buat sambal buah kuini. Petua orang tua-tua.

Sambal Buah Kuini

Hari-hari makan sambal buah kuini la nampaknya ada 10 biji kakak bagi. Nanti boleh bagi jiran sikit. Esok nak makan gitu jela hiris-hiris makan. Buahnya manis sangat tadi lebihan buat sambal buah kuini tu Cie makan sehiris. Buah kuini ni pulak elok dan cantik je tak buruk.

6 comments:

  1. Ohh CCL baru tahu , kalau nak buat sambal kuini tak perlu letak belacan .. thank you share tips ..

    Sebab CCL tak pernah buat , tapi pernah sekali makan kat tempat kenduri

    ReplyDelete
  2. Sambal kuinin memang sedap... PH suka baunya tu, harum je. Makan gitu pun sedap 😋

    ReplyDelete
  3. Dengan mangga pernah buat, dgn kuinin tak pernah lagi.. tp menarik utk dicuba nie

    ReplyDelete
  4. Alamak..sebelum ni Kak SA dapat buah kuini, memang buat sambal belacan...huhu..abis la..

    ReplyDelete
  5. Terus terliur tengok sambal ni....sedapnya makan dengan nasi panas2.

    ReplyDelete
  6. ooo.. petuanya tak perlu letak belacan.
    Lama tak makan buah kuini

    ReplyDelete