Anak-anak request nak bekal nasi goreng hari ni. Katanya nak nasi goreng pedas sikit macam ibu buat hari tu. Sebelum ni ibu buat nasi goreng letak telur. Kali ni ibu masak bekal anak sekolah nasi goreng tak letak apa-apa protein dan sayur pun.
Memang kosong betul la bekal nasi goreng anak-anak cuma letak bawang, ikan bilis, cili padi. Anak-anak suka sangat nasi goreng macam ni buat bekal. Kalau letak telur nanti ada la tergolek-golek telur tak makan.
Resipi Nasi Goreng Bekal Sekolah Anak
Bahan-bahan Nasi Goreng
2 1/2 cup beras + 4 cawan air masak nasi macam biasa malam tu dan simpan dalam peti sejuk.
Bahan Tumbuk
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
3 biji cili padi
Sedikit ikan bilis
Bahan Lain
3 sudu besar minyak lebihan goreng ayam atau ikan
Garam
Serbuk perasa
Cara Membuat Nasi Goreng
- Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk hingga garing.
- Masukkan nasi, garam, bahan perasa. Kacau sebati hingga masak.
- Dah siap masak masukkan nasi ke dalam bekal.
Mudah sangat bahan nasi goreng bekal sekolah anak-anak Cie ni. Terpaling cepat nak disediakan pagi-pagi tu. Minggu ni takde buah. Lupa nak beli hari tu. Bekas tu besar nampak la nasi goreng tu sikit je. Padahal banyak jugak la untuk anak-anak makan waktu rehat.
Esok Jumaat makcik kantin tutup. Hihi. Selalunya Jumaat anak-anak bawak bekal roti je. Ibu masak bekal Isnin hingga Khamis je. Rest la sikit hari Jumaat.
Ada ikan bilis sedap lah tu jadinya.
BalasPadamoo.. ada hari yang kantin tutup eh.
Airtangan ibu terpaling sedap wpun tak byk rencah/ aksesorinya 👍
BalasPadamSedap juga nasi goreng simple macam ni pun....
BalasPadam