Nasi Ayam Apollo - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 21 June 2024

Nasi Ayam Apollo

Hari Jumaat selalunya suami akan beli menu lunch yang berat sikit macam Nasi Ayam Apollo ke atau Nasi Kukus. Rehat lama sikit hari Jumaat. Kalau hari biasa selalunya beli yang ringan je macam laksa, pisang cheese dan lain-lain.

Hari ni suami beli Nasi Ayam Apollo atas permintaan anak-anak. Selalunya anak-anak la request kami suami isteri ikut je permintaan anak-anak.

Nasi Ayam Apollo

Nasi Ayam Apollo ni antara kegemaran anak-anak. Taktau la kenapa namanya Apollo. Ayam tu pun bakar bukan goreng macam kebiasaan nasi ayam lain tu. 

Nasi Ayam Apollo sedap sebab tu anak-anak suka makan. Tiap minggu pun tak jemu. Harga berapa tu tak pasti juga tak pernah tanya suami harga sebungkus Nasi Ayam Apollo tu. Macam biasa ada sup, kuah kicap, sambal, salad dan timun. Cuma salad dan timun tu jela terlalu sikit. Cie jenis suka makan sayur banyak.

Kedai Nasi Ayam Apollo ni terletak kat bandar lama Kuala Lipis. Senang je nak cari. Sebaris dengan tandas awam. 

6 comments:

  1. Nasi ayam ni adalah menu kesukaan anak2. Senang nak beli tak perlu pilih2 lain kalau yang ada ramai anak tu. Ooh blogger dari Lipis rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye senang 1 set terus. Ye orang Lipis je 😬

      Delete
  2. Special tu. Nampak macam ayamnya dipanggang.

    ReplyDelete