Bask Bear Coffee Bentong - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 7 July 2024

Bask Bear Coffee Bentong

Pagi tadi kami sekeluarga ke Bentong rumah kakak Cie untuk melawat abang ipar yang baru lepas keluar hospital kena operate area buku lali patah sebab jatuh kat kebun. Ngeri jugak tengok gambar kaki abang ipar tunjuk tu masa tak berbalut. 

Hari ni free takde ke mana tu yang ajak husband melawat biras dia. Lipis ke Bentong dekat sangat dah sejak ada highway central spine tu. Lebih kurang sejam 10-15 minit gitu je. Dari Raub naik highway boleh exit UiTM Raub atau boleh exit Benus. 

Waktu pergi tadi kami exit UiTM je lepas tu ikut jalan lama. Rumah kakak kat belakang Hospital Bentong je so dekat ikut jalan lama. Ternampak pulak Bask Bear Bentong harus la kena singgah beli latte dan toasties balik nanti.

Bask Bear Coffee Bentong

Masa nak balik tu husband tanya nak pergi ke Bask Bear. Anak-anak jawab nak. Anak-anak memang suka toasties kat Bask Bear tu yang nak jugak. Sebab husband nak ikut highway kat Benus tu sambil dia nak tengok Honda Services Centre kat Chegar Medang tu.

Sebenarnya kenyang dah makan minum petang kat rumah kakak. Anak buah Cie buat mushroom soup, garlic bread, roti telur dan roti bakar marjerin gula. Penuh sangat dah perut. Lunch pun makan meriah menu. Dah anak-anak nak jugak toasties maka ibu layankan jela belanja anak-anak. Semoga melimpah ruah rezeki ibu.

Sampai je depan Bask Bear Coffee Bentong tu nampak ada QR code untuk scan apps. Cie pun cepat jela scan apps tu. Sebelum ni takde apps. Jenuh cari kat App Store. Mungkin baru ada agaknya. Nampak pulak buy one free one first time app purchase any drink. Bila tanya adik cashier dia kata air free tu bawah RM10. Cie pun suruh anak-anak pilih nak air apa. Cie macam biasa la Hazelnut Latte.

Anak-anak pilih Grapefruit Yiz Frizz. Tak perasan pulak harganya cuma RM7.45 je untuk yang regular. Harga kat display kaunter tu belah hujung Cie tak nampak. Kalau perasan harga memang akan ambil air yang ngam bawah RM10 baru untung. Hihi. Tapi takpela asalkan free.

Untuk toasties pulak beli 3 je. 2 Cheezy Chicken dan 1 Crispy Chicken Katsu. Layankan anak-anak tapi ibu terorder jugak. Hahaha. Padahal kenyang betul dah malas nak dinner. Takpela share dengan husband jela nanti.

Bask Bear Coffee Bentong

Bask Bear Coffee Bentong

Bask Bear Coffee Bentong

Bask Bear Coffee Bentong

Lepas siap membeli kat Bask Bear Bentong kami terus gerak balik. Husband nak ikut highway Benus tu sambil dia nak tengok Honda Service Centre kat Chegar Medang tu dah siap nanti senang la nak hantar service Cik BRU tu kat situ je dekat sikit dari Lipis. 

Exit highway Benus tu pukul 6.30 petang. Singgah kat Petronas Benta je kejap husband pergi toilet. Sampai rumah 7.40 petang. 1 jam 10 minit gitu jela lebih kurang. Terus bersihkan diri, solat dan anak-anak ajak dinner dah tak sabar nak makan toasties tu.

Bask Bear Coffee Bentong

Bask Bear Coffee Bentong

Bask Bear Coffee Bentong

Bask Bear Coffee Bentong

Bask Bear Coffee Bentong

Bask Bear Coffee Bentong

Bask Bear Coffee Bentong

Ibu makan separuh je. Separuh lagi bagi babahnya. Terlajak kenyang hari ni banyak betul makan minum mesti tinggi calories intake. Dah la tak bersenam. Adik Rania pun tak habis tinggal sikit je lagi pun bagi babahnya. Ibu dan kakak pun dah tolong makan sikit sorang adik punya tetap ada lagi sikit.

Bila la Bask Bear Coffee ni nak buka cawangan di Kuala Lipis pulak. Senang kami anak beranak nak membeli. Lagi-lagi bila dah ada apps ni laju jela tangan nak klik order. Harapnya akan dibuka la nanti cawangan kat Kuala Lipis.

5 comments:

  1. Linda belum cuba lagi bask bear nie... Teringin jugak.. Tp, tak kesampaian lagi

    ReplyDelete
  2. Semoga diberi kesembuhan yg cepat kepada abg ipar.. Eh bask bear ada makan eh? selalu beli coffee jer hahahah..

    ReplyDelete
  3. Bukan anak2 Cie je suka toastie BB.. acik pun suka 😁

    ReplyDelete