Cie lama dah ada pokok kari dah beberapa kali tanam pokok kari sebab senang nak masak kari boleh je ambil atau nak buat ayam goreng berempah ke. Hari tu kakak Cie bagi 1 pokok siap sekali pasu. Kakak Cie tanamkan.
Lepas tu macam tak menjadi sebab ada ulat duk melekat kat situ. Buang ulat tu lepas tu dia datang semula. Cie biarkan jela memang tak usik. Sudahnya togel terus masa tu pun Cie biarkan je. Sampai la baru-baru ni pokok kari tu tumbuh semula daunnya.
Tumbuh elok la banyak daun berbanding sebelum ni tak banyak tumbuh. Cie pun macam lega la dah tumbuh pun pokok tu. Minggu lepas Cie tengok lah dah rosak tumbuh hitam-hitam daun kari tu. Frust betul rasa. Tak elok la nak guna.
Kebetulan tepi jabatan Cie memang ada pokok kari staf Cie yang tanam. Dah besar pokok tu. Anak-anak pokok kari tu banyak tumbuh meliar je. Semalam sebelum balik rehat 1 petang tu Cie cabut la sekali akar nak tanam pokok kari dalam pasu Cie pulak. Cie ambil 2 anak pokok tu.
Masa kontraktor nak buat stor tambahan tepi tu mereka dah nak tebang pokok kari tu. Cie tak bagi tebang sebab sayang staf Cie tanam dah bertahun jadi sebesar tu. Senang staf nak masak kari untuk patient. Tu yang mereka tak jadi tebang. Kalau ikutkan staf kontraktor tu dah tebang dengan parang 1/3 dah dia tebang. Mujur Cie nampak.
Banyak anak-anak pokok kari tumbuh tepi lereng bukit tu. Taktau la macam mana ye pokok kari ni boleh beranak pinak.
Balik rehat tu terus Cie tanam pokok kari tu. Buang yang dah tak elok tu. Harapnya elok la pokok daun kari ni.
rindunya pokok kari sy dulu.. dh mati dh sbb serangan kulat.. mmg senang sbb suka masak kari kan.. petik je belakang rumah
ReplyDeletePokok Kari Akk pun dah mati kena serangan ulat. Tapi ada satu baru tumbuh kat luar rumah, kecik lagi tapi nmpk subur. Terdesak² bole la ambil :)
ReplyDeletePokok kari dekat rumah sy pun ade ulat tu...Tp pokoknya rendang renek. Smp masa sy potong togel tinggalkn sikit utk dia tumbuh semula. Sy siap bgtau jiran kalo nk daun kari amik je sbb mmg byk cuma kena pandai pilih daun yg elok =D...Pokok serai pun alhamdulillah menjadi dgn elok =D
ReplyDeleteAda tanam juga pokok kari
ReplyDeleteSenang nak masak kari ayam