Yong Tau Fu Pasar Malam - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 24 August 2024

Yong Tau Fu Pasar Malam

Hari Jumaat selalunya memang malas nak masak dinner. Ada pasar malam. Tapi tengok keadaan juga kalau dah jemu taktau nak makan apa menu pasar malam kita masak jugak la. Ibu taktau nak makan apa, anak-anak request nak makan Yong Tau Fu Pasar Malam so babahnya beli la lepas balik kerja petang.

Yong Tau Fu Pasar Malam

Yong Tau Fu Pasar Malam

Sejak 2 menjak ni memang malas nak ke pasar malam. Entahla kenapa faktor usia agaknya. Hahahah. Nak bersesak kat pasar malam tu dah jadi malas. Selalunya suruh babahnya jela pergi beli. Anak-anak pun ikut ibu taknak pergi.

Lagipun senang babahnya balik kerja terus singgah pasar. Kalau kami nak ikut kang kena balik rumah dulu ambil kami baru keluar semula. 

Dah taktau nak makan menu apa tu yang anak-anak cakap nak makan Yong Tau Fu Pasar Malam jela lepas tu request suruh babah beli sosej gunting, tapi babahnya beli ayam gunting.

Yong Tau Fu Pasar Malam ni memang sedap. Kuahnya tu sedap. Dulu anak-anak tak pandai makan Yong Tau Fu Pasar Malam ni. Bila dah try makan yang ibu punya baru la anak-anak dah mula suka makan.

Teringat pulak masak duduk kat Johor dulu belajar kat Politeknik Johor Bharu di Pasir Gudang kat sana Yong Tau Fu makan dengan sup. Takde kuah hitam ni. Kita ni biasa makan Yong Tau Fu kuah hitam pelik jugak nak makan dengan sup. 

Begitulah kan setiap tempat berbeza la walaupun namanya sama je Yong Tau Fu.

6 comments:

  1. YTF ni sedap..tapi seram bila time nak bayar..kan?hehehe

    ReplyDelete
  2. Saya pula sebaliknya, terkejut bila beli YTF kat KL mkn dgn kuah hitam sbb dah biasa beli kat Stulang Laut mkn dgn sup.

    ReplyDelete
  3. Saya pulak lepas ambik anak di sekolah hari Jumaat memang akan singgah di pasar malam dekat rumah. Nak tunggu suami balik kerja kadang2 dia balik pukul 8-9 macam tu, peniaga pun dah nak tutup gerai huhu

    ReplyDelete
  4. YTF ni satu je bahaya, terlajak ambik masuk plastik. seronok sangat pilih tak sedar mahal jadinya

    ReplyDelete
  5. YTF saya sukaaa..memang tergantung kuah nya. Kalo kuah sedap, sedaplah secara keselurahan 😄😄👍.

    ReplyDelete