Khamis minggu lepas sekali lagi Cie diserang Acute Sinusitis ni. Hari cuti bila kena serang dengan Acute Sinusitis ni memang berbaring jela melayan hidung. Hari Jumaat tu baru Cie pergi Jabatan Pesakit Luar Hospital Kuala Lipis. Sebelah petang Cie serah diri sebab tak tahan sangat.
Hidung pedih, kepala denyut, gigi berdenyut hanya sebelah kanan je. Sebelah kiri ok je.
Kisahnya bermula awal tahun hari tu. Cie diserang hidung pedih, keluar cecair kat hidung berbau busuk dan diserang demam. Masa tu Cie dah syak Cie kena Acute Sinusitis melalui pembacaan Cie kat google dari website yang boleh dipercayailah.
Masa tu Cie ke Jabatan Pesakit Luar juga tapi masa tu doktor bertugas tak buat pemeriksaan pun kat Cie. Dia cuma tanya kena apa je. Bila Cie explain keadaan Cie dia siap tanya nak MC tak. Cie kata taknak Cie kerja dah nak balik pun. Masa Cie pergi sebelah petang juga. Cuma dapat antibiotik jela untuk 2 minggu makan.
Selepas tu Cie akan diserang Acute Sinusitis ni on dan off. Ada masa setiap hari. Ada masa selang hari. Ada masa setiap 2-3 hari akan kena lagi. Kalau makan apa-apa yang boleh triggered tu akan jadi la pedih hidung. Terutama ketika tunduk memang akan rasa pedih hidung tu.
Sampai la Khamis baru ni Cie kena lagi hampir nak demam dah. Cuma kali ni takde cecair busuk tu la. Cuma masa nak menelan tu ada macam something kat tekak. Kat telinga pun sejak dari pertama kali kena tu kadang-kadang macam ada cecair keluar dari telinga. Lepas tu nanti jadi kering macam keruping gitu.
Cie pun ceritakan simptom yang Cie alami kepada doktor dan doktor terus check telinga, hidung dan tekak. Lepas tu doktor minta Cie tunggu kat luar dulu sementara dia nak call pakar ENT.
Tak lama lepas tu nombor Cie dipanggil semula. Doktor bagi slip ubat dan dia suruh ambil ubat dulu sementara dia nak dapatkan tarikh temujanji ENT pula. Maka sah la rasanya Cie ni diserang Acute Sinusitis. Temujanji dengan ENT pada 25 September. Berdebar pulak rasa.
Sehingga hari ni takde rasa berkurangan pun. Masih lagi ada simptom seperti sebelum ni. Walaupun dah makan ubat yang diberikan dan dah spray hidung. Macam takde tanda berkurang pun. Semoga yang baik-baik jela untuk Cie.
Jarang pulak dgr sampai dgr cecair tu.. semoga dipermudah cie.. bila app ENT tu? mst x selesa sgt rasanya kan
ReplyDeleteKita suatu masa dulu pernah alami sampai gigi pun berdenyut. Semoga Cie cepat sembuh dan tiada yg memudaratkan. Cuba elakkan kipas dan air-cond serta seafood.
ReplyDeleteSemoga cepat membaik kak cie. Saya memang tak pernah alami sinus. Tp dulu salah satu staff saya ada yg kena. JD paham sangat sakitnya kalo sedang kumat . Memang buat pening yg teramat sangat kan.
ReplyDeletesomething wrong ni..better jumpa pakar ENT nanti...semoga cepat sembuh Cie..jangan tangguh ye...terus jer pergi
ReplyDeleteammi kalau demam selsema memang standby je berdoa untuk tak kena sinusitis ni. tak boleh tahan sakit dia. memang kalau ke klinik awal-awal ammi ckp kat doctor sy ada sinus dan mintak antibiotik terus. kalau tu aduhaiiiii tak jadi kerja betul.
ReplyDelete