Chicago Chicken City Review - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 8 September 2024

Chicago Chicken City Review

Lunch tadi husband ajak makan kat Chicago Chicken City Kuala Lipis. Ni kali kedua kami dine in sejak Chicago Chicken City dibuka di Kuala Lipis. Masa pertama kali dine in hari tu ok je takde apa-apa yang berlaku.

Chicago Chicken City Review

Chicago Chicken City Review

Chicago Chicken City Review

Chicago Chicken City Review

Tak sangka la tadi kami dapat bad service. Kecewa la juga dengan service yang Chicago Chicken Kuala Lipis ni berikan. Cie ni bukan la jenis cerewet atau suka complaint sekadar nak mereka improve service. Terajin tadi Cie buat review kat google. Kalau 1 perkara je tak kisah sangat tapi banyak perkara ye.

Masa kami order kat kaunter tadi pun ada seorang lelaki datang kaunter bawa plate ayam dia cashier tersalah bagi order. Katanya order 3pcs, tapi dapat 2pcs.

So Cie pun tadi menaip la kat google Chicago Chicken City Review.

1. Request taknak dada. Sebab duk tengok kat island tu ada je tergolek-golek ayam spicy wing, drumstick, tight, rib. Cashier jawab tak boleh semua dada je tu. Ok jela kalau taknak fulfill request kita faham je.

2. Cashier pulangkan baki tak cukup 5sen. Alasan dia takde duit 5sen. Memang macam tu ek fast food restaurant tak sediakan duit tukar 5sen? Memang la sikit je 5sen tapi itu hak cust.

3. Dah duduk lebih kurang 5 minit cashier panggil sebut nombor. Ingatkan order dah siap. Rupanya nak bagitau ayam spicy takde kena tunggu 15-20minit kalau nak juga. What???? Tadi masa ambil order cashier tak sebut pulak kena tunggu. Sepatutnya terus bagitau cust yang ayam spicy tengah masak kena tunggu kalau nak. Kita ok je kalau bagitau awal.

4. Kami proceed dengan ayam original dengan harapan terus boleh dapat order. Tidak ye! Kena tunggu jugak dia nak buat order.  Tu pun someone i rasa manager dah nampak i asyik tengok kaunter je.

5. Bila order siap je tengok gravy mashed potato cair betul. Macam kuah sup anak hirup je. Tak sure memang SOP macam tu ke tak. Ayam pun ada rasa macam sedikit berbau. Tapi boleh je makan. Hopefully tak kena keracunan.

Chicago Chicken City Review

Panjang lebar Cie menaip Chicago Chicken City Review. Husband cakap kali terakhir la ni makan situ. Husband jenis diam je. Cie la bebel takde kesudahan. Hahaha. Geram tau. Berapa kali tadi ku jeling kaunter tu. Kebetulan duduk meja dekat dengan kaunter.

Pasal duit 5sen tu pun rasa hangin juga. Fast food restaurant gah tersergam cawangan merata takkan 5sen takde duit tukar. Cie dulu pernah ada pengalaman sebagai manager fast food. Siap bagi extra 10sen kepada customer kalau takde duit 5sen. Punya la jaga service kita. Tapi mereka ni selamber je cakap kat customer takde duit 5sen. Mujur la husband yang bayar kat kaunter tadi. Kalau Cie tadi memang kena ceramah dah cashier tu. Dah la kita cakap taknak dada dia cakap semua dada. Macam la mata kita ni rabun agaknya. Geram. Hahahaha.

Cie ok je kalau cashier tu pandai jawab. Contohnya jawab la macam ni. ‘Ok kalau ada bahagian lain nanti saya bagi.’ So kita dengar pun sedap la jugak. Ni terus cakap TAK BOLEH. Dah la spicy takde dia tak cakap juga. Kita dah duduk 5 minit baru bagitau spicy nak kena tunggu.

Jangan memain ek dengan ex manager fast food ni. Cie dulu manager KFC. Waktu training semua benda belajar. Dari basic sampai advanced. Mop lantai pun ada SOP apetah lagi yang lain. Kalau customer order, kita tengok kat island tu ayam dah habis kita akan fire cook tanya berapa minit lagi. So terus bagitau customer. Sama juga dengan produk lain. Kalau tinggal sikit atau dah habis terus tanya team berapa minit.

Chicago Chicken City Review

Masalahnya tadi masa kami kat kaunter tu banyak je ayam spicy tu. Rasanya 20 ketul ada kot. Pelik juga kata takde spicy. Order kami 5 ketul ayam dalam set dan 1 ketul ayam dalam nasi lemak husband. Customer sebelum kami tadi pun dah dapat order. Eh kenapa pulak takde ayam spicy. Memang betul pelik. 

Kita complaint bukan sebab cerewet. Supaya mereka dapat improve service. Bila kita provide food service kena jaga betul-betul. Customer bayar.

Cie pernah jugak complaint kat food truck pizza hut masa tu Lipis belum ada kedai pizza hut lagi. Mereka provide food tak follow SOP. Mushroom soup cair macam masuk air hujan (kebetulan masa tu hujan). Lepas tu pizza punya cheese melekat pada kotak pizza. Order 3 ketul chicken wing dapat 2 ketul.

Sampaikan manager pizza hut tu contact Cie dan nak bagi free pizza. Cie kata Cie bukan nak pizza free tapi nak mereka improve service je. Bila staf tak follow SOP yang kena menjawab manager.

Cie ni sejak dari form 4 dah masuk dunia food service ni. Belajar dan kerja pun sekarang food service. Ada beberapa pengalaman kerja food service. Cust complaint ni memang normal dan tugas kita yang provide service kena improve la. Pantang betul kalau orang langgar SOP dan tak provide good service.

Sama macam kerja sekarang. Customer kami kat hospital adalah patient, doctor on call, paramedic dewan bedah. Walaupun kami tak jual makanan tapi kerajaan tanggung belanja kos makanan tetap kami terima complaint dan kami perlu improve. Cie selalu pesan kat staf sediakan makanan dengan ikhlas, masak betul-betul follow SOP. 

Mostly staf akan buat kerja cincai je ikut dan tapi bukan semua la. As manager or supervisor kena selalu remind mereka untuk follow SOP. Mana-mana kerja pun sama je.

Ada complaint improve. Bagus juga complaint supaya kita tau ada kelemahan dan perbaiki. Begitulah ye dalam kehidupan. Takde smooth je semuanya.


21 comments:

  1. Setuju dgn Cie 👍
    Kita tegur utk kebaikan mereka juga.

    ReplyDelete
  2. budak-budak muda yang kerja fast food ni ayat yang keluar dari mulut diaorang kadang menyakitkan hati,nak berbahas tapi rasa macam rugi masa bercakap dengan budak-budak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye malas nak berbahas dengan budak2 tak matang.

      Delete
  3. Ex manager kfc berkata kata.. haa maksudnya kakLM pun bukan cerewet la kan? kalau tak boleh cakap elok elok tapi tak pernah lagi la staff cakap ak boleh setakat ni kami cakap takmo dada. tapi bukan restoran ni la. dulu kfc dan mekdi memang cakap takmo dada zaman x boikot dulu. dapat je cuma ada gak kena pedajal bila bungkus dia letak 2 3 gak dada dalam 9 ketul tu. eh ehhh..

    bab kena tunggu tu geram pula baca. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah pernah jugak kena kat KFC kita cakap taknak dada bila balik tengok berketul2 dada dia bagi. Hahaha. Kita sejenis tak makan sangat isi tu yang taknak dada.

      Delete
  4. ha kan..kita tegur untuk kebaikkan, macam kes akak semalam dia DM akak kat FB, mula2 sound akak cakap akak nak tutup pintu rezeki dia hanya sebab akak kata nasi daging paprik dia daging keras, sampai dia nak pulangkan balik duit dan suruh akak clearkan entry, dia x leh terima akak komen macam tu dan entry tu ramai yang komen...malas akak nak panjang2 citer akak delete aje entry tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emo sangat seller macam tu. baik tak payah meniaga. Ada komen improve bukan meniaga syok sendiri.

      Delete
  5. Setuju dengan awak sebab meluangkan masa untuk memberikan maklum balas yang sangat terperinci. Actually penting untuk mana mana perniagaan mengetahui di mana mereka kurang supaya mereka boleh memperbaiki pada masa akan datang.Hopefully pihak pengurusan di Chicago Chicken City mengambil serius komen awak dan membuat perubahan yang perlu untuk meningkatkan perkhidmatan mereka. Kalau tak, takut akan datang takde business dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak kekadang yang tak boleh terima review. Hopefully ada penambahbaikan service mereka. Kadang2 brand tak salah tapi pekerja yang not well trained.

      Delete
  6. Service out betul lasa . Jadi spoil mood nak makan kalau macam ni

    ReplyDelete
  7. Ayam kalau berbau tu tak sepatutnya mereka masak guna ayam tu. Hmmmm banyak -ve je. Pasti tak repeat dah.

    ReplyDelete
  8. Susah kalau tak boleh terima pendapat untuk improve service.
    Tiada baki 5 sen tu pelik juga.. biasanya resto akan bagi 10 sen kalau takde 5 sen.
    Takpun... mereka boleh tukarkan dengan gula-gula yang equivalent dengan nilai 5 sen tu. Tapi tak tau plak lah sekarang berapa harga gula-gula sebiji 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak sepatutnya berlaku takde duit baki ni. restoran kena usahakan untuk tukar duit. kalau takde duit 5 sen better letak harga tanpa 5 sen. kerajaan pun patut mansuhkan dah 5 sen ni.

      Delete
  9. Kita as customer bukan nak layanan servis VIP pun… nak layanan sewajarnya je. Kalau restoran fast food servis macam kura-kura, tak ada maknanya fast food.

    Lagi satu saya memang hangin kalau duit baki tak cukup, kita yang kena tanggung. Bukan berkira tapi macam benda tu jadi acceptable practice pula.

    Ikut logik, ko yang tak cukup duit baki, masalah daripada pihak ko…ko lah kena tanggung rugi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye service yang berpadanan dengan bayaran kita. harga mahal tapi service out. sangat betul tu duit baki dorg patut kena sediakan dan kalau takde duit 5sen kena la bagi 10sen kat cust.

      Delete
  10. biasanya masa ambil orderlah dia akan cakap perlu tunggu atau tak..biasanya gitulah. haritu ammi makan ayam goreng kat satu outlet yg baru kat Seremban pun, tiap customer yg datang dia macam "maaf kami tak cukup 10sen baki. patutnya baki rm3.10. Bayangkan kalau ada 10 orang bukan ke dorang dah dpt kumpul RM1.

    harap2 budak yg jual tu mmg betul2 jujurlah msa cakap tak cukup seposen tu...kalau tak menjawab lah ko nanti dik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishh boleh pulak duit 10sen pun takde. apa punya kedai la. tak patut dorg amalkan konsep macam ni. yang untung nanti dorg la.

      Delete
  11. setuju dgn Cie...komen yg membina itu perlu utk penambahbaikan..kena improve ttg cara bercakap dgn pelanggan..

    ReplyDelete