Bubur Nasi Bayi
As Salam
Salam Sejahtera
Bubur nasi bayi nih sangat mudah disediakan. Bahan2 tak banyak pun. Bahan perasa pun tak perlu kalau untuk bayi kan. Kita nak makan pun boleh jugak.
Bahan
1 cawan Beras
6 cawan Air
Cara Membuat
1. Cuci beras hingga bersih. Masukkan ke dalam rice cooker bersama air.
2. Rebus hingga masak.
3. Sejukkan seketika sebelum dikisar.
4. Kisar & tapis.
5. Masukkan ke dalam bekas.
Sukatan air & beras bergantung kepada berapa banyak diperlukan. Macam ibu selalu buat untuk seminggu. Simpan dalam freezer.
Kalau biasa ibu tapis sampai umur 8 bulan je. Lepas tuh tak perlu tapis.
*perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum dimakan.
Cara memanaskan frozen bubur/puri
Keluarkan bubur/puri frozen dari freezer sekurang2nya 3jam atau biarkan semalaman pada suhu chiller. Kemudian panaskan didalam periuk. Biarkan sejuk seketika. Sedia untuk dimakan oleh si manja.
Tiada ulasan:
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.