7 Rahsia Langsing Paling Menarik - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Rabu, 31 Ogos 2016

7 Rahsia Langsing Paling Menarik

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Makanan dan kita memang tak boleh dipisahkan. Pantang nampak makanan menyelerakan mula la nafsu sukar dikawal. Apabila nafsu makan diluar kawalan maka berat badan pun akan naik. Tapi jangan risau ye. Cie kongsikan cara bagaimana nak kekalkan bentuk badan yang langsing tanpa perlu ikat perut. Boleh amalkan ye rahsia langsing paling menarik.

7 Rahsia Langsing Paling Menarik

MULAKAN PAGI DENGAN PROTEIN

Protein dapat membantu anda untuk merasa kenyang lebih lama berbanding dengan makanan lain. Pengambilan protein tanpa lemak seperti putih telur dan yogurt rendah lemak ketika bersarapan akan membuatkan kita akan merasa kenyang untuk tempoh lama. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee juga dapat membantu memberi rasa kenyang berpanjangan.

NIKMATI LIMAU GEDANG (GRAPEFRUIT)

Pengambilan separuh biji buah limau gedang setiap kali waktu makan boleh menurunkan 1.6kg berat badan dalam tempoh 3 bulan menurut kajian dari Nutrition anda Metabolic Research Center di The Scripps Clinic, San Diego. Buah dari jenis limau bali yang berwarna kuning dan oren juga dapat menurunkan kadar hormon insulin yang mengawal gula darah dan metabolise lemak.

PELUH ITU SEKSI

Amalkan senaman secara rutin untuk membakar kalori dan secara tak langsung dapat mengurangkan pengambilan kalori.

KATAKAN 'YA' KEPADA KENTANG

Kentang merupakan sumber karbohidrat kompleks yang menghadam makanan dengan lebih lama dan mampu mengurangkan nafsu makan. Pastikan anda tidak mengambil kentang goreng ye. Boleh ambil kentang panggang atau kukus.

KUNYAH SAHAJA

Menurut kajian oleh Kathleen Melanson, Profesor dalam bidang nutrisi dari University of Rhode Island, seseorang yang mengunyah gula-gula getah selama 1 jam pada waktu pagi akan mengurangkan 67 kalori ketika makan tengahari. Gula-gula getah tersebut dapat merangsang saraf pada rahang yang berhubung dengan otak yang bertanggungjawab memberi rasa kenyang. Tapi perlu diingat pilihlah gula-gula getah yang rendah gula dan ia dapat mengurangkan nafsu makan dan juga membakar 11 kalori per jam.


HIDU AROMA

Semakin kerap anda menghidu aroma pisang, epal hijau dan vanila, semakin banyak penurunan berat berlaku secara semulajadi menurut Alan Hirsch, Pengarah Neurological di The Smell & Taste Treatment and Research Foundation di Chicago. Boleh juga dinyalakan lilin yang beraroma vanila di meja makan, dapur, ruang tamu atau bilik.


BOLEH AMBIL LEMAK

Menurut Sari Greaves dari American Dietetic Association, pengambilan lemak tak tepu mestilah tidak melebihi 20% dari jumlah kalori harian. Contohnya dua sudu makan mentega kacang, 20 gram kacang atau 1/4 buah avokado. Tinggalkan lemak dalam pemakanan harian boleh memberikan kesan negatif namun tidak boleh diambil secara berlebihan.



Semoga memberi manfaat buat mereka yang nak bentuk badan langsing dan menawan. Kalau diambil bersama SET KURUS SHAKLEE bertambah la langsing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan