Oleh kerana ada yang bertanya maka daku share juga la resepi Pais Tempoyak Talapia. Daku ni newbie lagi masak pais. Baru pertama kali cuba. Rasa ok dah kot. Hahaha. Nak buat pun senang je. Bahan yang tak rumit.
Pais Tempoyak Talapia
Bahan-bahan Pais Tempoyak Talapia
Ikan Talapia (Ikan lain pun boleh. Ada juga yang guna patin dan ikan-ikan yang lain)
Tempoyak
Kunyit Hidup
Cili Padi
Daun Kunyit
Bunga Kantan (Tak letak pun takpe)
Garam
Cara Membuat Pais Tempoyak Talapia
1. Ikan talapia tu bersihkan dan kelarkan sikit pada badan.
2. Kunyit hidup dan cili padi ditumbuk sehingga lumat.
3. Daun kunyit dipotong halus.
4. Bunga kantan hiris halus.
5. Gaulkan semua bahan hingga sebati.
6. Alaskan dulang pembakar dengan daun kunyit.
7. Lumurkan bahan tadi pada badan ikan hingga sebati kemudian tutupkan dengan daun kunyit.
8. Bakar sehingga masak.
Ikan tu boleh juga bungkus dengan daun pisang atau aluminium foil. Kalau bungkus tekstur ikan tu tak kering bila dah masak. Dah siap senang je nak buat. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment