Abam Bocey Meninggal Dunia

2/10/2020 09:51:00 PTG

Dari Allah kita datang kepada Allah juga kita kembali. Pagi tadi Cie agak terkejut jugak la bila kawan sekolah send whatsapp katanya Abam Bocey dah meninggal dunia. Memang terkejut sangat macam tak percaya je. Katanya hanya demam panas je dan tiada penyakit lain. Meninggal dalam keadaan sedang tidur.

Betul la kematian adalah rahsia Allah. Takkan lambat walau sesaat, takkan cepat walau seminit. Ianya diambil tepat pada waktunya.

Arwah Abam memang terkenal dengan lawak bersahaja dia. Memang spontan je keluar dari mulut dia. Kita kehilangan lagi seorang pelawak yang berbakat selepas pemergian Pak Yus Jambu.

Arwah Abam meninggalkan seorang isteri dan seorang bayi lelaki yang masih kecil. Semoga isteri dan keluarga abam tabah menghadapi dugaan ini dan diberi kekuatan. Masa Abam dah sampai. Masa kita belum tau bila akan tiba.

Semoga roh Abam dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin.

Tiada ulasan:

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.