FUN WALK MERDEKA | KOSPEN WOW HOSPITAL KUALA LIPIS
Event dah lama berlalu baru la berkesempatan nak share. Nak menulis ni kena ada mood kadang-kadang takde idea, kekadang malas. Macam-macam la. Hihihi
Pada 10 September 2022 yang lepas, KOSPEN WOW Hospital Kuala Lipis telah menganjurkan Fun Walk Merdeka yang melibatkan kakitangan hospital. Termasuk la team jabatan Cie pun join jugak 1 group.
KOSPEN ni singkatan kepada Komuniti Sihat Pembina Negara. Program ini merupakan program intervensi faktor risiko untuk membentuk amalan budaya hidup secara sihat dalam kalangan majikan dan pekerja.
Fun Walk ni bermula dari Hospital Kuala Lipis dan berjalan menuju ke Bukit Bius dan patah balik ke hospital. Sampai ke puncak Bukit Bius tu ada urusetia yang menunggu dan akan serahkan sampul berisi keratan gambar Perdana Menteri Malaysia dan bekas Perdana Menteri.
Sampai semula di lobi hospital kena menunggu semua peserta sampai. Baru la game cantumkan gambar tu akan bermula.
Peserta dikehendaki mencantumkan gambar tersebut dan group yang paling cepat berjaya cantumkan akan dikira sebagai pemenang.
Alhamdulillah rezeki team jabatan Cie menang tempat pertama. Laju betul mereka cantumkan. Team pertama jugak yang sampai ke Bukit Bius dan ke lobi. Power betul.
Cie jadi urusetia je. Bawak anak-anak sekali join tapi tak sampai puncak pun anak-anak ajak patah balik dah.
Masa Pengarah Hospital nak lepaskan peserta |
Masa turun ni |
Geng ni dah sampai puncak dan turun dah kami 3 beranak pun patah balik |
Penat 2 beradik ni berjalan jauh |
Team pertama sampai |
Menang tempat pertama |
No comments:
Post a Comment