Perdana Menteri Malaysia | ke 10
Setelah lama menanti saat untuk dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia akhirnya kini menjadi milik Datuk Seri Anuar Ibrahim. Tahniah DSAI.
Pelbagai dugaan beliau tempuhi. Beberapa kali masuk penjara atas pelbagai tuduhan. Beliau sangat sabar dan tabah melalui semua ujian.
Kita boleh dapat pengajaran melalui kisah DSAI ni. Setiap ujian yang Allah turunkan pasti ada kemanisan dihujungnya. Jika kita berada di bawah, tak selamanya di bawah. Dan jika di atas bukan selamanya di atas.
Semoga DSAI dapat mentadbir negara dengan sebaiknya dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman bahagia makmur sentosa. Bukan mudah nak tadbir sebuah negara.
RINGKASAN BIODATA DATUK SERI ANUAR IBRAHIM
Lahir : 10 Ogos 1947, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Isteri : Datuk Seri Dr Wan Azizah
Kerjaya:
- Perdana Menteri Malaysia
- Ahli Parlimen Tambun (2022)
- Ahli Parlimen Port Dickson (2018-2022)
- Ahli Parlimen Permatang Pauh (2013)
- Pemangku Perdana Menteri (1997)
- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (Mac- September 1998)
- Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia
- Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia
- Timbalan Perdana Menteri (1993 – 1998)
- Menteri Kewangan (1990 – 1998)
- Menteri Pendidikan 1986 – 1990
- Menteri Pertanian (1985 – 1986)
- Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983 – 1985)
- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1982 – 1983)
Jawatan yang pernah disandang dalam parti:
- Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)
- Pengerusi Pakatan Harapan (PH)
- Timbalan Presiden UMNO
- Naib Presiden UMNO
- Ketua Pemuda UMNO
- meninggalkan ABIM pada 29 Mac 1982 untuk menyertai UMNO
- Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)
- Penasihat Majlis Belia Bangsa-Bangsa Bersatu (1973)
- Pemimpin Pengasas dan Presiden kedua sebuah pertubuhan Islam belia dipanggil Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) (1971)
Pendidikan:
- Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera) (1967)
- Dianugerahi ijazah Doktor Kehormat oleh Ateneo de Manila University
- Anugerah Presiden oleh Georgetown University
- Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) (1960-1966)
No comments:
Post a Comment