TEMPAT MAKAN DI KUALA LIPIS | KAFE
Kalau korang berkunjung ke Kuala Lipis dan mencari tempat makan dan lepak santai korang boleh la berkunjung ke Lepak Kafe Kuala Lipis yang terletak di Bandar Lama Kuala Lipis berdepan dengan pondok polis dan bersebelahan dengan Desa Mall.
Menu kat Lepak Kafe ni ada pelbagai jenis yang Cie boleh katakan menu yang sesuai la untuk lepak santai sambil berborak dengan ahli keluarga atau kawan-kawan terutama waktu petang.
Cie paling suka Macchiato kat situ memang sangat sedap. Dah cuba kat kedai lain tetap tak boleh lawan rasa Macchiato kat Lepak Kafe.
Kat bawah ni antara menu yang kami anak beranak selalu order. Kadang-kadang bungkus je. Jarang la makan situ cuma baru-baru ni je rasa nak lepak santai 4 beranak.
|
Waffle Peanut + Chocolate |
|
Waffle Kaya |
|
Waffle Ice Cream |
|
Dim Sum |
|
Chocolate Ice |
|
Macchiato terpaling sedap ni |
Ada banyak menu lain jugak kat situ. Fries, roti, ais krim goreng, rotacheese, oden, pelbagai jenis air ada kat situ dan banyak lagi la menu lain. Makanan kat situ semuanya sedap.
No comments:
Post a Comment