Menu Berbuka Puasa 18 Ramadan 1445H - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 29 March 2024

Menu Berbuka Puasa 18 Ramadan 1445H

 18 Ramadan 1445H

Menu Berbuka Puasa 18 Ramadan 1445H

Menu Berbuka Puasa 18 Ramadan 1445H hari ni simple je. Habis dah lauk pauk dalam freezer tu. Kalau ikutkan menu plan telur rebus goreng berlado tapinya bila tanya anak-anak antara telur dan kuetiau nak menu apa. Jawapannya nak kuetiau dan telur mata. Ibu beli kuetiau dan taugeh jela yang lain semua dah ada.

Maka nya menu berbuka 18 Ramadan kita makan kuetiau goreng dan telur mata jela. Ada cili potong dan juga keropok kering. Memang kena ada cili potong dan keropok kalau makan menu goreng-goreng ni. Nak sediakan pun mudah je takde lama-lama kat dapur tu.

Dah hampir ke penghujung Ramadan dah kita ni. Kurang dari 2 minggu je dah kita akan berpuasa lagi. Mesti ramai dah buat persiapan raya kan. Cie dah beli bahan-bahan nak buat kuih raya hari Khamis baru ni. Plan nak buat sikit je kot. Tengok la nanti macam mana. Dah tua-tua ni malas betul nak membuat kuih raya tu. Hihihi.

4 comments:

  1. Linda dah 2x berbuka kuewtiow goreng... Tp, telur mata tu takde lah, sebab anak2 nanti tak makan kuning nya.. Maka kita pecah telur je dalam kuewtiow tu... Linda tak beli lagi bahan nk buat kuih raya... Mood tu tak smpai lnsung... Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak2 Cie pun tak makan telur kuning tu. kita jugak la yang tukang korek.

      Delete
  2. saya tak buat kuih raya tahun ni,beli kerepek2 dengan kek je

    ReplyDelete