Resipi Mudah Kuih Lapis
Cie suka makan kuih lapis. Selalunya akan beli je bila nak makan. Tapi ada masa teringin juga nak buat sendiri ikut citarasa kita. Kadang-kadang yang beli tu tak sedap. Keras sangat la, lembik sangat atau kadang-kadang basi. Kuih Lapis ni ada santan tu yang cepat basi kalau tak kena cara penyediaan dan penyimpanan.
Ni kali kedua dah Cie buat kuih lapis ni. Pernah la dulu belajar masa Sekolah Menengah Vokasional Puteri Temerloh dulu. Cie ambil aliran katering. Memang ada belajar buat kuih muih ni. Kami panggil kuih tempatan. Kiranya kuih tradisi orang melayu kita la. Lupa dah resipi yang sebelum ni so kita google la resipi yang mudah saja dan akhirnya jumpa la Resipi Kuih Lapis Resepi Che Nom.
BAHAN-BAHAN KUIH LAPIS
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
2 kotak santan kara 3 segi (1 kotak tu 65ml) campur dengan air jadikan 2 cawan santan
3/4 cawan gula
sedikit garam (sikit je kurang dari secubit)
sedikit minyak
sirap rose (atau boleh letak pewarna ikut citarasa)
CARA MEMBUAT KUIH LAPIS
- Masukkan semua bahan kecuali minyak dan pewarna. Kacau hingga sebati. Cie guna whisk so tak berketul. Kalau berketul boleh tapis. Atau boleh je guna blender.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian biar je putih dan 1 bahagian letak pewarna.
- Sapukan loyang dengan minyak. Kalau ada plastik boleh alas plastik dan sapu sedikit minyak supaya tak melekat. Sikit je jangan lumur banyak pulak.
- Panaskan pengukus.
- Tuangkan selapis dan kukuskan selama 5 minit.
- Buat selang seli sehingga habis. Setiap lapis tu kukus 5 minit je.
- Kukus lapisan terakhir tu selama 10 minit.
- Dah siap tu sejukkan dulu baru potong.
Untuk resipi Kuih Lapis ni dapat dalam 24 ketul potongan macam dalam gambar tu. 12 keping Cie bagi jiran kiri dan kanan rumah. Kiranya kalau ada family ramai dalam 8-10 orang ok la rasanya. Macam Cie 4 beranak je 12 keping tu cukup dah. Silalah cuba ye mudah je nak sediakan. Resipi ni memang jadi dan rasanya sedap.
Cuma lapisan Cie ni tak cantik sangat. Tak cukup adunan. Hihihi. Kena pakai loyang kecik sikit lagi kot. Yang bawah sekali tebal, yang atas nipis sikit. Dapat 4 lapis je. Tapi ok la ni buat makan sendiri je bukan nak jual.
Kegemaran anak2 ni.. pernah buat sekali jer tapi tekster dia mcm tak berapa nak lembut..
BalasPadamtry resipi ni memang lembut.
Padam