Pagi tadi Cie join Fun Run sempena Hari Sukan Negara 2024 peringkat daerah Lipis. Banyak jugak acara sukan dan permainan disediakan. Tapi Cie join fun run je.
Kiranya ni fun run yang kedua tahun ni. Bulan Julai hari tu join Lipis Challenge Fun Run 2024. Kali ni Cie daftarkan anak-anak sekali kemain teruja dapat baju. Sebelum ni anak-anak join tapi Cie tak daftarkan pun. Tengok masa daftar tu ada size baju tu yang daftar jela.
Masa ambil baju semalam husband mintak kawan dia yang kat Pejabat Belia tu ambilkan. Size yang masa daftar tu size XL 11-12 (30), size 3XL 13-14 (32). Cie bagitau husband size 30 dan 32. Sekali husband bawak balik size kecil betul rasanya untuk budak 6-7 tahun macam tu je. Husband pun call kawan dia cakap nak tukar size. Dah nak maghrib tapi kawan dia masih kat Pejabat Belia. Mujur la ada lagi size lain. Ambil la size S. Kalau takde memang frust la anak-anak.
Anak saudara Cie pun join jugak. Ni la geng fun run kami sejak bertahun-tahun ni. Biasa mak dia aka kakak Cie join jugak tapi hari ni tak sihat. Kakak Cie dah 50 lebih tapi kuat lagi join fun run.
Fun run hari ni 5km tapi kat huawei health jam Cie tu 4.42km gitu je. Biasanya ada laluan berbukit kalau lalu situ cukup la 5km. Mujur la tak lalu laluan naik bukit turun bukit tu kalau tak tadi boleh jadi seret kaki la. So berempat jela hari ni selalunya berlima.
Tu pun tadi dah 1/2 way kaki dah start sakit. Tapi jalan jugak sambil doa dalam hati mintak takde apa-apa. Cie memang sakit bawah betis kanan tu taktau kenapa. Ada masa tak sakit, ada masa sakit sangat. Kat bahagian lutut pun ada rasa sakit. Biasa la dah tua-tua ni kan. Hihi.
Kat Dataran Orang Kaya Haji tu ada Food Mania sekali macam tak sesuai pulak buat acara sukan tu sihat dah tiba-tiba ada jualan makanan tak sihat. Lepas berlari buang kalori orang tambah kalori la pulak. Kami terjebak juga anak saudara Cie beli shawarma, Cie belikan anak-anak ayam gunting dan sosej gunting. Lepas tu beli air blue apa entah tadi. Mujur semua gerai tu ada QR code. Bukak wallet kosong. Hahaha. Sejenis cashless gini la.
Lepas habis fun run tadi kami tengok pertunjukan silat. Tunggu juga cabutan bertuah tapi semua tak bertuah. Hahaha. Dah tengahari pukul 12 baru gerak balik. Duk berborak sambil makan kat Food Mania.
Tak tersusun gambar punya la malas nak upload sesatu. Dah rename gambar ikut susunan. Bila upload tunggang terbalik jugak. Takpela kan janji gambar kejadian sama je.
Lamanya saya tak ikut aktiviti begini.
ReplyDeleteRasanya berhenti sewaktu covid melanda negara beberapa tahun lepas.
Cie lepas habis covid sambung semula. Setiap tahun join kalau ada buat.
DeleteSelamat bersenam, moga sihat sejahtera selalu.
ReplyDeleteAamiin
DeleteLepas buang kalori kena reload karbo 😅
ReplyDeletebuang sikit je tambah yang banyak. hahaha
Deletetak pernah lagi join mana mana fun run... masa pkp dulu slalu buat yg virtual...lari keliling rumah. sekarang malassss
ReplyDeletenanti try join memang best. kami takdela berlari sangat pun. banyak berjalan je.
Deletesaya x sempat nak register hari tu... best kan sesekali join event mcm ni
ReplyDeletecie ni pantang nampak iklan run je terus cepat2 register. hihih.
DeleteWah bestnya...
ReplyDeleteHebat Kakak Cie, 50 still steady lagi ber-fun run 👍
more kepada fun walk je. hihihih
DeleteWahhhh..Best tu =D
ReplyDeleteye best jalan2 :)
Deleteseronok...sana sini ada program sukan...
ReplyDeleteye best banyak aktiviti
DeleteSeronoknya program Hari Sukan Negara. Kakak dan adik ipar join di Taiping.
ReplyDeleteYe memang seronok 😬
DeleteBestny sertai fun run! Saya dari dulu nak join, sampai kesudah pasang niat je 😂
ReplyDelete