9 Oktober 2024 menjalani Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) di sekolah dia je so pergi sekolah macam biasa jela sebelah pagi tu. Kakak Raisha sesi kedua. Balik pun macam biasa 1 petang kebetulan takde KOKO.
10 Oktober 2024 pulak kakak menjalani Ujian Kemasukan ke MRSM (UKKM) di Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghazali Shafie Kuala Lipis. Lebih kurang 20 minit dari rumah. Ujian kakak bermula 2.20 petang tapi perlu berada di MRSM 30 minit awal.
Babahnya hantar pukul 1.30 petang. Lepas hantar anak, babahnya whatsapp kata sebak pulak rasa macam nak hantar anak masuk asrama. Hahaha. Selalunya tengok macam takde perasaan rupanya ada jugak.
Pukul 4.20 petang kakak call ibu bagitau dah siap ujian. Kakak kena tunggu la ibu balik 4.30 petang. Dari hospital ke MRSM dalam 10 minit macam tu. Tepat 4.30 je ibu terus keluar office. Sampai ke MRSM 4.45 petang kakak dah menunggu ibu sampai.
Pertama kali ibu masuk ke MRSM TGS ni. Luas juga kawasannya dan tenang je. Merasa la kakak tengok MRSM. Mana tau ada rezeki kakak. Ibu pun memang harap kakak dapat MRSM. Sepupu kakak, anak saudara ibu ada 2 orang pelajar MRSM. Sorang dah kerja, sorang lagi tengah ambil SPM tahun ni.
Sepupu-sepupu kakak tu adik beradik. Mereka bersekolah di MRSM Trolak. Kakaknya dah kerja sebagai Peguam. Pernah la ibu pergi melawat masa kakak Tasha belajar kat sana dulu. Adiknya Kakak Syirah tahun ni ambil SPM tak lama habis dah belajar.
Tapi ibu tak kesah je kalau kakak taknak duduk asrama pun. Sekolah biasa pun ok je. Tapi nanti masa tingkatan 4 memang wajib masuk asrama. Dah nak SPM kena belajar berjadual. Duk rumah takde orang nak ajar.
Tunggu result jela nanti kita tengok ada tak rezeki kakak Raisha.
bila tengok gambar kakak Raisha yang mula2 sekali, mcm muka Cie pulak..
ReplyDeleteinsya-Allah, ada rezeki tak kemana...
hihihi. sebenarnya muka babah dia :)
Deleteaiseh...salah pulak, tapi nampak mcm versi cie...
Deleteall the best Raisha..anak buah ada sorang study kt mrsm TGS ni
ReplyDeleteTerima kasih 🫰🏻. Wahhh jauhnya sampai ke Lipis tu.
DeleteAll the best buat anak Cie ya. Sekarang ni memang musim exam UKKM dan PKSK kan....dulu dulu time Dania sekolah....kat sek men dia pun ada buat ujian PKSK ni jugak.
ReplyDeleteYe minggu lepas start Isnin - Khamis ada ujian tu.
Deletegood luck kakak Raisha,InsyaAllah ada rezeki yang terbaik untuk kakak...
ReplyDeletesama tempat ukkm kakak Pia tahun lepas,kami dari Kuantan ke Lipis boleh tahan jauhnya https://ummipia.blogspot.com/2023/11/pia-ukkm-di-mrsm-tgs-kuala-lipis.html
Jauhnya exam. Mujur Raisha kat Lipis je.
DeleteSebaya anak saya le ni.. Tu hari baru ambil ujian SBP. Untuk ujian ke MRSM hari Isnin ni pulak.
ReplyDeleteYe minggu ni ada lagi exam.
DeleteAll the best Kakak Raisha.
ReplyDeleteSemoga ada rezeki masuk MRSM/SBP nanti🥰
aamiinn. terima kasih :)
Deleteall the best raisha... mudah2an ada rezeki bersekolah di salag sebuah sek best ni aminnn
ReplyDeleteaamiinn. terima kasih :)
DeleteAll the best buat kakak Raisha...
ReplyDeleteterima kasih :)
DeleteMoga berjaya Raisha. Rindu my daughter pulak tetiba, teringat dulu si kakak sekolah MRSM sekejap sebelum pindah ke Aussie.
ReplyDelete