19 Oktober 2024 telah berlangsung majlis Konvokesyen ILKBS Ke 19 di Bangi Avenue Convention Centre. Anak buah Cie graduan Diploma Teknologi Elektrik Penjaga Jentera Elektrik A1 Institut Kemahiran Belia Negara Alor Gajah Melaka.
Cie meneman kakak sulung Cie masuk ke dewan konvokesyen. Abang ipar Cie tak masuk tu yang Cie gantikan. Abang ipar kena strok tu yang susah nak masuk dewan. Suami Cie dan anak-anak tinggal kat homestay sekali dengan abang ipar. Abang ipar Cie boleh dah jalan cuma strok sebelah jela.
Sebelum masuk dewan |
Belum mula lagi |
Baru kali ke3 pakai kasut ni jahanam dah. Kasut Alain Delon pun tak tahan. Beli masa nak ambil APC dulu. |
Akhirnya konvo dah anak buah Cie ni. Dia ni dulu masa kecik memang Cie jaga. Duduk sekali kat rumah ayah dan mak. Arwah Mak pun dulu memang jaga cucu dia ni. Ke mana je Cie pergi dia memang ikut je. Selalu la ke Perak rumah kakak dan Terengganu rumah abang. Tok dan opah dia tak sempat tengok cucu ni konvo.
Mintak kawan anak buah ambilkan gambar. Kaki tak nampak pulak. Makcik beria posing kemain hah. |
Sebak juga rasa tengok anak buah dah besar, dah habis belajar, dah kerja dah pun. Masa kecik dulu nakal jugak. Dia pernah tergunting tangan Cie sampai Cie pengsan sambil duduk. Ahaha. Cie pernah cilikan mulut dia sebab cakap benda tak elok. Kenangan masa dia kecik. Dulu Cie suka menyakat dia masa kecik. Sorokkan bantal busuk dia. Usik dia macam-macam. Sekarang dia pulak duk menyakat anak-anak Cie.
Besar dah awak Muhammad Ziyad. Dah berjaya konvo walaupun perjalanan nak habis sekolah tu macam-macam hal. Biasa la budak lelaki kan. Malas sekolah tu biasa. Jenuh mak ayah marah pun buat dek je. Bila dah besar baru tau yang penting menuntut ilmu ni. Rezeki dapat sambung belajar IKBN dan dapat kerja dah.
Tak rugi belajar kemahiran TVET ni memang laku ramai majikan yang cari pekerja yang ada kemahiran. Kalau anak-anak malas belajar biasa tu hantar la mereka belajar kemahiran. Sekurang-kurangnya mereka ada kemahiran untuk bekerja nanti.
Pertama kali juga Cie hadir konvo anak buah. Kebetulan hari Sabtu dan Cie ada kelapangan masa sempat la hadir. Anak-anak buah ramai ada yang grad UPSI, UIA, UiTM, IKBN, KUIPSAS, Politeknik, KUSZA dan apa entah IPT lain semuanya tak pernah ada masa nak hadir. Anak-anak buah semua dah besar pun. Makcik pun dah 40 tahun. Hihihi.
Rindu moment Cie konvo dulu mak dan ayah datang. Ayah belikan bunga dan tulis kad tu sebak baca sampai sekarang Cie ada simpan kad tu.
Kakak pun belikan bunga coklat untuk anaknya. Cie yang tulis ucapan. Lupa pulak snap gambar ucapan semalam tu. Panjang lebar ucapan Cie mewakili kakak Cie.
Yang ni harga rm120 |
7.45 pagi ibu bapa masuk dewan. Setiap pelajar ada 2 kuota ibu bapa atau ahli keluarga boleh masuk. Cie dan kakak keluar awal juga selepas anak buah Cie naik pentas terus kami keluar pergi beli bunga konvo tu. Harga sekitar RM80 hingga ratus ringgit. Boleh tahan juga harganya tu.
Konvo selesai pukul 12 lebih. Mujur anak buah dapat sesi 1 awal pagi. Ada juga sesi petang mula pukul 1. Sebelah pagi ada YB Hannah Yeoh Menteri Belia dan Sukan.
Lepas habis majlis kami terus bergerak balik ke homestay. Anak buah nak bergambar dengan abahnya pulak. Bagi abahnya pakai jubah konvo.
Waah congrats utk keponakan kak cie. 🎉🎉. Semoga ilmu yang didapat bisa berguna dan diterapkan dalam pekerjaan. Memang, di sinipun sama. Jika tak nak kuliah di university , better kirim mereka ke sekolah kejuruan. JD at least ada skill yg betul2 dikuasai.
ReplyDeletecongrats untuk anak buah Cie
ReplyDeleteTahniah buat anak buah Cie...
ReplyDeleteTahniah buat anak saudara Cie ya....jauh juga buat konvo tu ya sebab belajarnya ni melaka. Pernah juga pergi wedding kat convention center kat sini. Dulu kat sini tempat buat vaksinasi Covid 19.
ReplyDeleteTahniah, Muhammad Ziyad. tahniah juga buat ibu ayah dan mak sedara yg banyak jaga masa kecik2. Kadang boleh menitis air mata teringat kenangan lalu, kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah utk Muhammad Ziyad dan seluruh keluarga juga 💐
ReplyDeleteAnak yg baik ni, ingat dekat ayah dia...siap pakaikan jubah Convo 👍
Cerita Cie ada persamaan dgn Akak juga, membesar dgn anak buah yg duduk sekali dgn my parents :) Sekarang dah besar² belaka
tahniah utk ank buah Cie
ReplyDeletealhamdulillah, tahniah buat anak buah Cie
ReplyDelete