Dinner Bask Bear Melawati Mall - Blog Roziah Muhammad Nor

Saturday, October 19, 2024

Dinner Bask Bear Melawati Mall

Sampai KL semalam dalam 8 lebih terus singgah Melawati Mall. Ingatkan nak cari baju blaus anak-anak. Takde pilihan sangat kat Padini Melawati Mall ni. Masuk Uniqlo babah shopping jacket. 

Si adik Rania dah sibuk ajak makan. Si kecik tu memang kena isi tangki perut dia asyik lapar je. Hahaha. Masuk mall je mesti nak makan. Babahnya nak dinner bask bear je. 

Dinner Bask Bear Melawati Mall

Dinner Bask Bear Melawati Mall

Dinner Bask Bear Melawati Mall

Masa tu dah 9.15pm takde orang dah kami je baru nak makan. Order siap dah masa nak bayar kat situ cashless boleh pakai kad je. Masalahnya swipe kad tetiba jem pulak. Jenuh adik cashier tu duk tekan-tekan keyboard. Sudahnya dia kata duduk dulu la nanti bayar. 

Tu la kekadang teknologi moden ni takdela berjalan lancar. Ada masa bermasalah kena kembali ke cara manual. Mana-mana sistem pun sama je. Begitulah kan tak berapa cukup canggih lagi.

Yang penting kita dapat makan, perut terisi, anak-anak happy kita pun happy bila perut kenyang. Hihihi. Lepas makan kami terus la bergerak ke Kajang homestay yang anak buah dah booking untuk hadir konvokesyen hari ni di Bangi Avenue Convention Centre.

11 comments:

  1. Setuju.
    Ada kalanya kita kena kembali ke cara manual.
    Kadang-kadang bahaya juga ni kalau tak bawa tunai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejenis Cie memang cashless tak suka nak pi ATM keluar duit.

      Delete
  2. Tapi kiranya adik Cashier tu bijak membuat keputusan, sbb suruh U duduk dulu.. ada aritu kami mkn kat 1 kedai ni, adohai jenuh berdiri depan Cashier semata2 nak tunggu dia mengira syiling. Patutnya layan la dulu Customer yg beratur pjg. (Eh terbebel plk I kat sini. 😂).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami hari tu memang takde orang lain dah q belakang. Nak tunggu ok je adik tu pun memang prepare order kami. Menunggu juga tapi duduk la. Hihi

      Delete
  3. mungkin sbb tu juga laa org jepun masih tegar dgn cari lama. byr guna tunai wpn kedai kat tgh2 tokyo tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ada la tu pro & con kan bayar cashless ni. Cie prefer cashless tapi biasa la sistem ciptaan manusia ada masa hang jugak.

      Delete
  4. p/s parcel dah smpi khamis aritu. terima kasih byk2👍👍👍 nnt sy share di blog ya...

    ReplyDelete
  5. Saya sukaaaa juga sandwich seperti ini. Memang dah banyak juga di mana2, walau berbeda brand. Anak saya yg pertama paling suka. Krn memang dia pecinta roti

    ReplyDelete
  6. tapi paling x best bila payment x clear, cashier cakap kuat2 kan..x lepas la..x lepas la..ada kad lain tak...eyyyy...akak selalu kena...time tu orang dah pandang2 kan..terus cakap u cuba sekali lagi..

    ReplyDelete