Minggu lepas husband beli 2 ekor ikan bawal emas. Size kecil je so Cie masak terus jela 2 ekor tu. Cie tak masak resipi yang sama. 1 ekor Cie masak ikan bawal emas goreng sos thai dan 1 ekor lagi ikan bawal emas kukus.
Resipi Ikan Bawal Emas Goreng Sos Thai
Bahan-bahan Ikan Bawal Emas Goreng Sos Thai
1 ekor ikan bawal emas
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 biji bawang besar chop (guna chopper)
2 biji bawang putih chop (guna chopper)
1 biji cili hidup merah chop (guna chopper)
1 biji cili hidup hijau chop (guna chopper)
2 batang serai chop (guna chopper)
4 sudu besar sos thai
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
Daun ketumbar
Minyak masak secukupnya
Garam & bahan perasa
Gula
Cara Membuat Ikan Bawal Emas Goreng Sos Thai
- Gaulkan serbuk kunyit dan garam pada ikan bawal emas sehingga rata.
- Panaskan minyak penuh dan gorengkan ikan bawal emas sehingga garing. Ketepikan.
- Asingkan minyak goreng tadi dan tinggal sedikit sahaja lebih kurang 3-4 sudu besar.
- Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan chop sehingga naik bau dan garing. Masukkan sedikit air dan biarkan kering bahan tumisan.
- Masukkan semua sos, sedikit air dan daun ketumbar (Cie guna daun ketumbar frozen tu yang masukkan bersama sos. Kalau guna yang segar last baru masukkan).
- Perasakan dengan gula, garam, bahan perasa. Bila dah secukup rasa boleh tutup api.
- Tuangkan atas ikan.
Ok next Cie nak share resipi ikan bawal emas kukus. Yang ni memang sangat senang nak buat.
Resipi Ikan Bawal Emas Kukus Kicap
Bahan-bahan Ikan Bawal Emas Kukus Kicap
1 ekor ikan bawal emas
2 biji bawang putih chop (guna choppper)
1 inci halia potong halus memanjang
1 inci halia ketuk
2 batang serai titik
Kicap masin secukupnya
Minyak bijan secukupnya
Minyak masak 2 sudu besar
Garam
Bahan perasa
Cara Membuat Ikan Bawal Emas Kukus Kicap
- Sumbat halia ketuk dan serai ke dalam perut ikan.
- Sapu garam ke seluruh badan ikan.
- Panaskan pengukus dan kukus ikan hingga masak.
- Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih dan halia hingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan kicap masin dan air secukupnya. Renjiskan minyak bijan. Perasakan dengan bahan perasa.
- Bila ikan dah masak, curahkan kuah kicap yang dah dimasak. Sedia dihidangkan.
Kalau ada daun bawang boleh potong dan taburkan atas ikan. Cie takde daun bawang tu yang kosong je. Sedap sangat-sangat ikan bawal emas kukus ni.
Ikan bawal, goreng pun sedap..
ReplyDeleteWahh.. 2 menu ikan terus.
ReplyDeleteMesti harum ikan kukus tu sebab ada minyak bijan.
Akak pn memang suka sangat bawal emas..bakar atau goreng macam tu aje pun sedap Cie..buat masak kari lagi sedap
ReplyDelete