Hari ni Cie belanja makan team jabatan Cie sempena birthday hari tu. Saja jela sambil sedekah Jumaat. Cie order nasi lemak dan pulut. Staf Cie memang ada ambil tempahan makanan so senang order dari dia je.
Awal pagi tadi sebelum mula kerja dah sarapan pulut. Order juga tambahan 4 bungkus nasi lemak bawak balik untuk makan lunch. Senang waktu lunch tak payah beli makanan dah. Lagipun Jumaat rehat awal balik terus makan je.
Pulut makan dengan sambal ikan bilis goreng dan telur dadar. Memang sedap betul. Pulut tu lembut je. Cie tak suka sangat rendang daging. Tu yang order macam tu je. Nikmat betul dapat makan.
Selalu la kalau nak buat makan-makan memang order dari staf Cie je. Senang kita dah tau rasa masakan dia memang sedap. Kadang-kadang order nasi lemak bungkus je terus untuk staf jabatan.
Hari ni buat buffet jela boleh mereka makan je apa yang mereka nak makan. Kalau bungkus sesiap kang kena pilih salah satu. Kalau buffet boleh ambil serba sikit.
Alhamdulillah rezeki belanja makan hari ni. Dapat makan sama-sama.
tengok pulut Cie teringat pernah makan pulut dengan opor dekat Lipis,sedap tu sampai teringat2
BalasPadamrasanya rendang hitam tu. kalau kat lipis ni ada 1 kedai pulut jamil yang famous tu rendang hitam.
PadamSedapnya pulut
BalasPadamsedap makan dengan sambal.
PadamAlhamdulillah.
BalasPadamSedap-sedap menunya.
Moga tambah rezeki Cie.
alhamdulillah semoga murah rezeki belanja team makan :D sambal tu macam sedap jee
BalasPadam